Air yang di maksudkan di sini ialah air masak atau pun air kosong bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa.
Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?
Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan:
- Minum dua gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
- Minum segelas (1) air masak- 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
- Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah
- Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
Kesimpulannya, memang kita sangat digalakkan minum air masak secukupnya untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Dan masa yang dinyatakan diatas merupakan masa yang efektif untuk kita minum air.

No comments:
Post a Comment
Nak Dengar Kata Awak Pulak