Last Tuesday, sebab dah tahan nak menunggu sebab dah lama menunggu, aku call lah tempat universiti tempat aku belajar tu. Dengan terpaksa tunggu sebab line sangat busy, panggilan aku akhirnya dijawab juga. Aku cakaplah yang Encik Gula (Penaja) dah forward dah duit biasiswa aku dekat universiti dari bulan Januari lagi. So, sampai ke hari ni aku masih tak terima duit biasiswa aku. And aku tanya agak-agak bila boleh dapat? Mamat yang angkat phone tu pula dengan selambanya cakap next week diorang masukkan.
Ok, memamg tu duit biasiswa. Orang cakap kalau nak duit, you have to work to get the money. Not only rely on the scholarship money. Hello? Managed to get the scholarship tu bukan berusaha ke? Ingat aku dapat biasiswa senang-senang macam tu je ke? Aku ambil exam, interview, etc baru dapat tau. And aku kena kekalkan pointer aku 3.5 and above baru boleh terus terima biasiswa. Get it kan? Aku berusaha kan?
Dan aku tak faham kenapa kawan-kawan aku yang dapat scholarship KPM senang-senang je boleh dapat duit diorang. First come, first serve la kan! Penaja dah bagi biasiswa pada hari biasiwa aku keluar berbanding dengan pihak penaja lagi satu tu. Kenapa mesti ada pilih kasih? Budak-budak yang dapat KPM didahulukan untuk terima duit diorang dan kemundian barulah giliran budak-budak yang dapat penajaan dari pihak lain.
Nonsense!
Dan bila aku tengok balik financial report aku, universiti dah forward duit tapi rasanya belum masukkan lagi dalam akaun sebab this morning, aku check baki akaun and sadly, amount dalam akaun tak berubah pun. Statik! Kecewa + sedih sangat. Lambat sangat-sangat buat kerja sampai orang lain yang kena tanggung ketidakcekapan awak-awak semua. Bayaran kepada pelajar 16-02-2012 tapi hari ni 18-02-2012 pun duit tak masuk-masuk jugak. Kalau korang tak lambat, taklah lambat bank nak proses kan? Dan terima dari penaja sebenarnya lebih awal dari tarikh terima tu. Dalam surat kata 28-01-2012.
Maaf, cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. No offense. I'm so hating this weird feeling of unable to buy everything yang I need such as shoes (kasut aku dah berlubang tapak), barang-barang dapur, sewa rumah, duit untuk wi-fi kat rumah sewa, etc. Apa guna dapat biasiswa kalau akhirnya kena pakai duit parents dulu.
-__-!
Nota Penulis: Harap-harap makcik rumah sewa tak bising sebab lambat bayar duit sewa bulan ni..

No comments:
Post a Comment
Nak Dengar Kata Awak Pulak