Salam peeps.. Alhamdulillah, tengok traffic blog Atiqa Victoria ni dah makin bertambah dari hari ke hari. Banyak lagi yang perlu diperbaiki in order nak tarik ramai readers dan followers ni. Insyaallah kalau ada masa, bolehlah upgrade blog ni, brain storm untuk idea menulis, sediakan gambar-gambar, info yang menarik, etc. Terima kasih kerana menyokong ye :)
Ok, hari pertama kuliah di semester 4 sangat memeritkan dan memenatkan! Gila hectic jadual aku. Walaupun banyak gap dari satu kelas ke satu kelas yang lain, tapi venue kelas yang berbeza dan jarak di antara satu kelas ke satu kelas yang lain yang teramatlah jauh membuatkan badan aku sangat penat dan tak bermaya.
Pagi kelas kat kampus lama..
Tengahari kat Kampus Baru Proton City
Petang pulak kat Taman Bernam
SANGAT ANNOYING!
Balik-balik kelas je, aku tak mampu nak bukak mata pun. Penat sangat-sangat. Pukul 10 dah tidur. Nak tidur lambat tak boleh sebab pagi pukul 8 dah ada kelas lagi. Memang sangat memenatkan bila hari-hari ada kelas. Dari hari Isnin sampai hari Sabtu!
Semoga aku kuat dan semoga aku dapat selesaikan assignment dengan jayanya. 2 subjek universiti (2P dan 3P), 8 kredit hour yang aku ambil semester ni betul-betul challenging.
Subjek-subjek TESL dan minor Literature tak seberat subjek universiti so harap-harap aku boleh stay focus dan cuba buat yang terbaik semester ni. Semoga result bertambah baik. Insyaalah
rilek la adik senior...nie baru feel nk jd student...advice from abg senior...
ReplyDeletebaiklah abang senior.. :)
ReplyDelete