Monday, 13 February 2012

Atiqa Victoria :: IT'S OKAY FOR ME ::

Aku pada hari ini adalah aku yang sangat berbeza dengan aku yang sebelum ni
Pengalaman mengajar aku yang kadangkala adalah penting untuk bersikap defensive dan berhati-hati dengan orang sekeliling kita
Walau rapat macam mana pun kita dengan seseorang, jangan pernah sesekali pertaruhkan sepenuhnya kepercayaan kita kepada dia
Walaupun orang tu someone yang sangat-sangat kita treasure dan sayang melebihi sayang kita pada diri sendiri
Aku juga belajar yang pengalaman mematangkan kita lebih dari apa yang kita sangka
2 years ago contohnya if aku dapat tahu yang boyfriend aku curang, aku akan frust sangat-sangat
Menangis siang malam meratapi nasib aku yang konon-konon ditipu lelaki lah
Tapi kalau Encik Boyfriend yang sekarang ni decide nak curang dengan aku (contoh je, simpang malaikat 44), aku akan lebih senang mendiamkan diri, renung-renungkan balik apa salah aku dan just cool je sebab dalam setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi

Pengalaman juga buat aku lebih tegar mencari jawapan
Untuk memenuhi sifat ingin tahu aku yang kian menebal ni
Aku nak tahu punca, motif, akibat
Semua persoalan ada jawapannya
Itu yang aku nak tahu
Dan trust me, aku bukanlah orang yang senang dibeli dengan kata-kata
Sebab aku yakin pada logik dan sumber yang sahih dari kedua-dua belah pihak

Menulis entry ni tak susah
Aku sedang mengalami dark moments dengan si dia sebab seorang budak yang baru lepas SPM
Dan aku rasa macam 'hey, let's sit down, rilex and let's talk about it' dekat budak tu
Aku tak marah, cuma macam aku cakap
Aku curious 
Aku nak dapatkan seberapa banyak jawapan dan penyelesaian bagi setiap pertanyaan dan persoalan dalam kepala aku
But come on
Benda ni kecik and aku tak rasa apa-apa pun kalau dia nak lancarkan 'perang psikologi' dengan aku (yes, dia sedang lancarkan perang psikologi dengan aku)
Aku belajar untuk lebih memahami situasi dan bertindak hanya selepas dapat enough and sufficient information untuk 'bunuh' dia balik
So, harap budak ni berhentilah main api dengan aku ye
Aku dah cukup besar nak join game budak-budak ni
Chow

Nota Penulis: Just another personal entry. Agak double meaning sikit entry ni dan hanya akan difahami oleh that particular person. Nah, you should be proud. There's an entry about you in my blog. Cheers

No comments:

Post a Comment

Nak Dengar Kata Awak Pulak

Total Pageviews