Wednesday, 29 August 2012

Tabiat Buruk

Hari ni jalan-jalan atau bahasa blognya, hari ni gua ber'blogwalking'. Tengah jalan-jalan tu, terjumpalah satu belog yang ohsem lagi gempak kepunyaan Encik Jaerul (betul ke nama beliau ni). Beliau memang ohsem tahap super saiyya sebab beliau memang ohsem lah! (Gua puji lu ni bro. Kasi kembang sikit lu punya idung). Inilah belog kepunyaan manusia ohsem tu (masih membodek beliau level 16)


So, bila gua jalan-jalan kat belog ohsem tu gua terbaca pasal SENARAI TABIAT BURUK ENCIK JAERUL. Terus gua dapat idea secepat kilat dan halilintar lantas gua terus masuk belog gua dan decided nak buat entry pasal SENARAI TABIAT BURUK ATHEYQA VICTORIA pulak! Haaa, suspen kan tajuk entry?? Kasi gegar kan? Kan? Kan?

Gua tak pernah perasan yang gua ada tabiat buruk, bad habit, perangai tak senonoh dan macam-macam terma lagi la yang menggambarkan betapa buruknya tabiat gua ni. Hahahaha. Apakah tabiat buruk gua yang buruk bebenau tu??

1. Gua tak perasan sebenarnya tapi hari tu gua pergi dating dengan Eddie kat Bukit Ampang. Tengah baik punya gua cover chomell sambil bulat-bulatkan mata gua, gua tertepuk kepala gua banyak kali. Adalah dalam lebih kurang 6/7 kali. So bila gua dah menepuk ala-ala sea lion sambil tudung pun dah herut berut akibat terkena pukulan bertalu-talu, Eddie tanya gua "Asal you suka tepuk kepala you ek?". Gua pun macam tergamam sambil mencuba membetulkan posture badan dan kedudukan tudung sebab sumpah gua tak perasan yang gua dok menepuk-nepuk kepala gua berkali-kali. Maybe sebab gua rasa rambut gua gatal kot. Almaklumlah rambut gua panjang y'alls, bila dia duduk dalam tudung selama beberapa jam, dia meronta-ronta nak keluar lah. Haaaa, hebat tak kesimpulan yang gua buat padahal gua sendiri tak tahu sebab apa gua ketuk-ketuk kepala gua. Gua selamba cakap dengan Eddie gua ada kutu.

2. Yang ni, yang ni, yang ni. Common la kot. Ramai yang ada tabiat buruk ni. Gigit kuku. Ya, gigit kuku. Gua cukup pantang dengan kuku panjang. Secantik mana pun kuku kau tapi kalau panjang, gua tak boleh tahan~~ Rasa segala kuman ada dalam kuku kau. Pastu makan pakai tangan. Erkk, kembang tekak gua. Ada sebab kenapa Islam suruh kita jaga kebersihan dan memotong kuku pendek merupakan antara tuntutannya kan. Tu la sebabnya gua suka gigit kuku gua. Tapi gua tak makanlah. Agak sikit. Gua suka tengok kuku gua pendek je..

3. Gua paling tak suka basuh baju! Hahaha. Kalau pakai mesin baju gua no hal. Gua campak-campak baju gua, gua letak sabun, softlan, jalan, sidai, angkat, lipat! Senang. Tapi faham-fahamlah bila duduk hostel kan. Dobi jauh nak mampuih. Ok, kat tingkat bawah je tapi gua duduk tingkat paling atas. Jadi gua agak sayangkan semua lemak gua yang terkumpul dalam badan gua ni jadi gua malas nak turun. Selagi bakul baju yang besar tu tak penuh selagi tu la gua tak kan basuh baju. Next semester gua nak beli baldi kecik. Taklah berlonggok baju gua nanti. Tak pun letak dalam gayung je. Hari-hari gua basuh baju! Haha!

4. Gua ni mula-mula memang semangat! Hoyeayhhhh! Tapi dah lama-lama gua jadi malas nak habiskan apa yang gua mulakan.Jadi, terbengkalailah projek-projek gua contohnya projek gua yang terkini: mengemas bilik gua sebelum gua start semester baru!

5. Gua senang berkawan dengan orang. Tak check latar belakang gua terus kawan. Tak elok jugak. Atleast sebelum berkawan kena lah tahu serba sedikit pasal orang yang kita kawan tu.

6. Gua boleh mengamuk sebab lapar! Kau hado? Hahaha. Gua tak tahu kenapa tapi rasanya bila kita lapar, perasaan nak bunuh orang tu sangat menebal! Hahahaha. Cam bodoh tol gua ni. Kesian pakwe gua selalu jadi mangsa.

Ada banyak lagi kot tapi gua rasa macam membuka pekung di dada jep. Hahaha. Korang ada tabiat buruk jugak ke? Apa tabiat buruk korang ek? Agak-agak sama dengan gua tak?

Salam Eid Mubarak

Salam Eid Mubarak everyone! Of course I had to ask Eddie twice whether esok raya atau tak sebab rasanya baru je semalam bangun sahur untuk puasa hari pertama. Cepatnya masa berlalu!!!!!!!!!!!! *muka terkejut

You know what, I will definitely miss Ramadhan because Ramadhan has always been my favorite month so far. Kenapa aku suka bulan Ramadhan? Jawapan standard- Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, bersyukur dengan apa yang ada, jangan boros dan terlalu ikut hawa nafsu, etc. But what I learned the most sepanjang bulan Ramadhan ni, kita boleh berjimat cermat dan tidak membazir bila berbuka puasa. Take me as an example (nak enterprem gak), selama sebulan kita berpuasa, selama sebulan lah aku tak pergi bazaar Ramadhan. Tahun ni takde la pulak craving nak makan itu ini macam tahun lepas, perasaan nak makan nasik ayam penyet dengan Kenny Rogers sangat membuak-buak sehingga tak dapat dibendung lagi (mekaseh to my bff sebab sudi melayan kehendak aku yang suka makan ikut nafsu ni).


It's been a tough month that makes us stronger. Akhirnya, Syawal datang menjengah! Ramadhan pula akan selalu dirindui dan diingati. Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Dan semoga Syawal yang tiba ini kita saling bermaaf-maafan sesama kita dan ikatan ukhwah dan silaturrahim dapat dieratkan lagi. Salam Eid-Ul-Fitr everyone! Maaf Zahir dan Batin diucapkan. Saya Atheyqa Victoria ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua yang mengenali kalau-kalau selama berkenalan saya ada tersilap kata dan perbuatan sehingga ada yang tersinggung. Maaf ye. Lepas ni kosong-kosong ye <3

Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada~

MY FREAK FAMILY!!
Salam Aidilfitri buat my Nagging Bonda, my Forever Ohsem Ayahanda, My Menggelabah younger sister, my Kewl-La-Sangat Youngest brother, my happening cousins, my amazing makcik dan pakcik and my little niece and nephew!


MY BFFs!!!!
To my bff Shikin yang gojes (gojes ke babe?), Ez yang gila-gila, Atika yang memahami, Fatwa yang honest, Siti yang always dengar masalah yang bertimpa-timpa, Aziera yang transparent, Nad yang suka-suka hati je buat perangai, Mona yang laser (hado?), Lisa yang kecik molek, Nadi yang sentiasa di sisi (ponteng kelas pun sama-sama), Asma yang menerima diri ini seadanya, Mizah yang masuk air sekali, Ummi yang penyayang dan Dilah yang happy-go-lucky. Wan yang suka menyakat aku, Hafiz my forever bff, Ayep yang hewbat, Farid adik kecik, Alan yang selalu gaduh dengan aku, Aizat the boss, Kamar yang sepet, Ayen yang semart sentiasa, Amoy yang cantik gila, Mail yang tak reti senyap, Iqbal yang pernah tarik tudung aku kat sekolah dulu, Fendi yang dari dulu sampai sekarang macam tu jugak, dan semua classmates aku!! Tak lupa Dza, Mcna, Tajul, Roy, Epownk, Adib, Zeeqa, Athiqa, Ain, Atiqa, Wana, Ateh, Farida, Farihah, Jamilah, Basyirah, Aina, Latifah, Aini, dll

The Untouchable Teslians UPSI!!
To my kakak Nadi yang sentiasa 24/7 bersama haku, Zu anak ikan Nadi yang best tapi kadang-kadang aku termarah kau babe, sowy auw. Anier yang gerek seyh, Fiqah yang lovely, Nana yang Cute, Ter yang talkative, Arsyad the tall guy, Syafiq yang always menegur salah dan silap, Ferra my sista, Rai yang brilliant, Nana dan Syu jiran sebelah yang kecoh, Faz, Syu, Kak Nad, Kak Ainor, Zach yang best, Hana Banana yang sangatm kepochi (she's cute!), kakak Ainon yang forever stunning, Mia my new friend, Bee and gang yang kecoh nak mampuih, Zurin my junior, dan semua lah!!!!  (agak-agak macam nak letak semua nama budak Tesl je kan. beratus-ratus tu)

SEMUA YANG MENGENALI
*guru-guru SMKPJ
*guru-guru SMK AMINUDDIN BAKI KL
*doktor dan staff KLINIK MESRA AMPANG
*lecturers UPSI
*staff JPS

UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEANTERO DUNIA!!!!!!! SELAMAT HARI RAYA Y'ALLS!!



Nota Penulis: Ingatan Tulus Ikhlas dari Atheyqa Victoria :) Nak duit raya!!!!!

Tuesday, 28 August 2012

Hasil Penulisan Aku


Aku ada masalah meluahkan perasaan dan menceritakan kisah dan pengalaman aku menerusi penulisan. Dan bahasa penulisan aku lebih kurang macam bahasa aku bercakap jadi dia agak kurang menarik, indah dan ohsem.

Adakah aku kena pergi kursus atau kelas untuk memantapkan penulisan aku? Sebab sejujurnya aku kurang fasih berbahasa Melayu tapi aku lebih suka menulis dalam Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris.

Practice makes perfect kan? Nak google pasal penulisan kreatif la!


Nota Penulis: Kalau korang baca hasil penulisan aku, korang mesti tak dapat nak baca dengan penuh perasaan dan 'feel'.... Ye ye. Nanti aku amek kursus penulisan kreatif kat UPSI ye...

Wednesday, 15 August 2012

Karok dan Makan Sedap

I received a message from my Facebook from my bff asking me to join her to meng'karok'kan diri di bulan puasa yang mulia ini (aku pergi terawikh dulu la. nak cakap aku tak pegi la tu). So sebab dah terlalu bosan memalaskan diri di kediamanku yang tercinta di bumi Ampang ni, aku pun setuju la nak join. At first, my bff cakap nak ajak Pija Ronggeng sekali sebab dia dah ada kt KL dah. Cuti raya gamaknya but tiba-tiba bukan Pija yang aku nampak tapi ex boyfriend bff aku yang aku nampak.

For me, aku takde hal lah kalau nak keluar sekali dengan ex bff aku ni sebab kitorang dah kenal lama and dah rasa selesa dah pun. Lagipun aku ni pun baik gak dengan encik-encik exes, siap boleh melepak-lepak lagi. Kata diorang, walaupun dah putus they want to stay friends juga. Yang dah lepas tu biarlah. Pandang depan je tau.

Kitorang pergi karok kat Desa Pandan. Dekat dengan area McD Desa Pandan, sederet dengan London Optical (kedai spek mata). Kalau VIP Room adalah dalam RM30 sejam. Bilik-bilik biasa cuma RM19 je. Last time pergi tempat ni kitorang ambil VIP ROOM sebab pergi dalam 5 orang. Agak ramai la pada aku. Tapi yang tak bestnya VIP ROOM ni panas! Sound system pun pecah. Sedih! So this time ambil bilik biasa je.

Yang tak tahan sangat-sangat bila bff aku dengan ex dia buat songs selection. Rasa nak gelak je (aku rasa aku gelak dah pun. kuat pulak tu) sebab masing-masing cuba sampaikan mesej-mesej tersurat dan tersirat melalui lagu-lagu yang diorang pilih. Awkward, I know tapi as pihak berkecuali dalam cerita ni, aku try la naikkan mood dengan pilih lagu yang takde kena mengena pun dengan kisah putus cinta dan yang sewaktu dengannya supaya tak meng'akward'kan lagi keadaan. Aku pilih lagu Price Tag, King of Anything, Rolling in the Deep dengan Fireworks. Perghhhh! Agak sedap suara aku hari ni tapi sayang dapat nyanyi kejap je. Sob sob (kalau bukan aku yang angkat bakul sendiri, kau nak angkatkan bakul aku ke? takkan....haha).

Yoyo owh je Encik Zenn Azhar nak join sebab dia memang suka karok. Plus suara dia sangat sedap okay! Stok retis punya suara y'alls. Segan sendiri aku kalau nyanyi depan dia dengan kawan-kawan dia sebab masing-masing suara nak stok suara artis rakaman je kan. Haha. Aku dengan bff aku panggil diorang kumpulan Fourteen sebab diorang macam Fourteen! Tapi last minit pulak Encik Zenn cancel sebab nak balik kampung da. Biasalah, raya lagi 3/4 hari je. Warga kota macam aku ni sah-sah tak payah risau nak balik kampung sebab kampung kat Bangsar je pun. Haa, takde sesak jalan punya pagi raya nak balik kampung. Jeles tak, jeles tak?? Tak?? Fine!

Lepas karok, kitorang pergi makan dekat Desa Petaling. Sebab lately ni aku takde nafsu kat nasik, aku makan Banana Split dengan ABC je. Craving dekat makanan manis pulak. My bff order Chicken Sandwich and her ex order satay. Sumpah sedap. Mamak style je okay. Tak silap nama tempat tu RH-Bistro. Memang sedap beb. Aku suggest korang datang sana dan rasa satay dia (aku sempat cilok secucuk dari pinggan ex bff aku. kekeke).


My Banana Split


ABC. Nampak macam manis tapi tak manis sangat pun sebenarnya.


My bff's Chicken Sandwich. Yang paling sedap pasal sandwich  ni adalah dia punya cheese. Paradise ok!


Satay ayam ni sedap sangat. Maih boleh rasa jus yang datang dari satay ni. Well-cooked and kuah  kacang pun sedap sangat. Tak rugi kalau cuba.


So, I just got home at 3.47 a.m, basuh-basuh muka, kaki, then terus update blog sebab aku tahu kalau aku tak update sekarang bila lagi aku nak update kan? Sekian terima kasih.




p/s: Mekaseh pada yang baca :) Hari ni jadi babysitter Ainina Kaisarah dengan Botak Adam Rifqi a.k.a Ipin. Tak sempat nak buat Pavlova yang Cikgu Faiz order. Esoklah ye.

Tuesday, 14 August 2012

Instagram! My New Obsession




I L.O.V.E INSTAGRAM! I love it so much sampai satu tahap yang My Twitter account and Facebook tak diusik berhari-hari pun takpe janji dapat ber instagram. I used to love Twitter sebab easy to access and easy to use even from your mobile phone. And Facebook sangat interesting since I've got so many friends there. But just recently I realized that fact that Instagram lagi super power dari Twitter and Facebook. Pelik kan. Padahal Instagram cuma untuk gambar, gambar dan gambar. Macam photo sharing la. And sangat senang digunakan. You just snap pictures dari phone you (buat masa ni Instagram ada kat I-Phone and Android phones la mcm Samsung Galaxy S11- which is mine, etc) and boleh upload masuk straight away ke dalam Instagram punya program. Then you boleh pilih effect atau filter yang nak diaplikasikan pada gambar supaya gambar jadi lebih cantik dan menarik.

inilah rupa instagram tu

Bila dah ada instagram ni, makan pun nak ambil gambar tau! Belum lagi kalau pergi jalan-jalan pastu nampak pemandangan cantik-cantik. Sanggup turun kereta semata-mata nak ambil gambar je. Dengan adanya aplikasi Instagram ni, aku dapat tengok apa yang kawan-kawan aku buat, tempat mana yang diorang pergi. On the spot taw. Kalau nak baca kat status FB dengan Twitter macam tak real pulak kan. So basically, aku puas hati dengan  aplikasi Instagram ni. Dari sini jugaklah aku dapat follow manusia-manusia yang aku suka macam David Beckham and wife and kids (semua aku follow kecuali Cruz dengan Harper), Infinite, Sazzy Falak (aku sangat suka Sazzy Falak), David Luiz dan Kourtney Kardashian. Seronok tengok gambar-gambar diorang. Walaupun jauh, terasa dekat je bila tengok gambar. Hahahahahaha. Okay, itu agak poyo dan meloyakan tekak! Swagggg!! Antara foto dalam Instagram aku:


Ini gambar UPSI. Tempat aku belajar. Saja nak bagitahu satu dunia yang aku belajar kat UPSI walaupun diorang tak tahu pun UPSI tu apa dan kat mana,


Ini adalah potato pancakes. Senang nak buat ye



Buku-buku yang dibaca :)



Nak bagitahu mama yang anak mama ni rajin pergi library

Lepas ni pakat-pakat join Instagram ye:)



p/s: Penulis sangat obses dengan Instagram. Sehari kalau tak upload lebih dari 5 gambar memang tak sah!




Majlis Berbuka Puasa 2012

11 Ogos 2012 yang lepas, aku berpeluang berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah aku masa sekolah menengah kat SMKPJ dulu. Diorang ni kira geng-geng kamcing aku lah! Idea nak buat reunion ni datang bila salah seorang dari kawan-kawan aku bertanya bila aku nak buat reunion kelas sebab dah 2 tahun dah kami tak berjumpa. 4 tahun sebelum ni kami ke Port Dickson. 3 tahun yang lepas pula kami berpiknik di Melaka. Memang meriah dan happening sebab budak-budak ni semua jenis tak makan saman langsung. Haha.

So, dalam keadaan aku yang sedang bercuti semester, aku pun decided la nak buat perjumpaan semula dengan sahabat-sahabat tercinta yang jauh di mata tapi dekat di hati ini. Ececeh. Sembilu kasih pulak. So, after discussing sama itu Shikin, Atika, Fatwa dan Syazwan maka dapatlah aku rumuskan yang reunion nanti dibuat semasa bulan puasa.

Nak buat memang banyak cabaran. Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu (badan kita kurang darah sampai kena masuk darah okay), dengan susah nak contact budak-budak (tukar no phone tak nak roger!), dengan susah nak dapatkan respond, dan dengan ketidak-dapat-hadiran orang-orang penting. Aku rasa macam nak gila je nak arrange majlis ni.Tapi orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit (betul ke?) maka dapatlah juga aku meng'comfirm'kan tarikh dan tempat untuk majlis reunion ni.

Tempat buat dekat-dekat sudah sebab apa, sebab malas nak menapak jauh-jauh semata-mata nak pergi makan. Jadi. lepas buat research here and there (pergi dengan Arsyad tu), maka berjumpalah aku dengan restoran seafood dan tomyam ni. D'Thaharah Seafood & Tomyam namanya, Terletak di Kampung Pandan. Sederet dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Pandan dan dekat juga dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan. Dari segi kedudukan dan geografi, tak susah nak cari kot. Google map je kalau rasa nak pergi cuba makanan di restoran ni.

Marilah jenguk-jenguk gambar-gambar kami berunion dan berbuka puasa ye. Makanan dia sodap-sodap. Tapi sejak badan masuk darah ni, tengok nasi pun dah tak bernafsu dah. Tengok jantan je bernafsu. Kekekeke. Itu lawak hari ini, sila gelak guling-guling!!!!! *kaber line

poster untuk promote event
6 pagi aku buat benda alah ni. Hahaha 
meja agak panjang ye sebab kitorang request nak cantum meja. mulanya pihak restoran nak bagi meja bulat tapi kalau bulat tak muhibbah la kan. haha

antara lauk pauk yang disediakan untuk juadah berbuka puasa. Ada siakap 3 rasa, kangkung masak belacan, paprik , tomyam, telur dadar, nasik goreng, satay. air pulak, shikin suruh ambil air tembikai

muka-muka yang hadir.. perut ke depan semua. hehehehe

muka-muka datang awal. dari kiri: mona, marlysa dan nadzirah, sebagai ganjarannya dapat makan banyak3!!!

yang ni pun antara yang terawal sampai. sibuk duduk menyelit kat  tepi dinding. dari kiri: kamar, syazwan seng dan fendi


time makan semua senyap sunyi. hoho
kad raya reunion. gambar blur asal??? 

Majlis diakhiri dengan keadaan terkawal. Masing-masing busy gila so nak chow awal. Tapi aku perasan something, muka diorang tetap sama macam 5 tahun lepas :) Tak berubah! Yang berubah mungkin rambut dan saiz badan (aku la tu. makin sihat), tapi muka tetap macam tu jugak. 

So, aku sebagai pengarah program nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir. Terima kasih juga sebab habiskan makanan. Seriau juga tengok makanan banyak. Sengaja order banyak sebab aku tahu korang jenis pelahap kalau makan. Sama dengan aku jela pun. Pada yang tak dapat hadir tu Insyaallah raya nanti kita jumpa ye. Kalau tak dapat juga Insyaallah kita jumpa bila salah seorang dari kita nak kahwin nanti. Reunion time tu jela! Kannnn. Mekaseh korangggg! Sayang kamoo, kamoo dan kamoo banyak-banyak!

p/s: Motif sebenar penulis anjurkan majlis ni sebab nak cari jodoh. Tapi tak jumpa pulak jodoh tu. Almaklumlah, penulis tak hot. Kekekeke. TQ buat Abang Senior yang rilek je join majlis ni walaupun tak pernah sekolah sama!

Please Don't Get Tired of Me

It happens every time. People lose interest in me. They get tired of me. Suddenly, they don't bother hitting me up anymore. The conversations become shorter. They forget about me and I just become a distant memory. I wonder if it's my fault sometimes. But then I realize that people never stay in my life. And there's nothing I can do about it.

Saturday, 30 June 2012

Atiqa Victoria :: KAWAN DENGAN AKU UNTUK APA? ::

Orang kata, the last person yang kita fikirkan setiap hari sebelum kita tidur is the person where our heart lies for. Aku pun tak terkecuali berbuat macam tu, thinking of him every night before aku tidur. But, adakah dia macam aku juga? Tak mungkin kot... (NI MUKADIMAH YANG TAKDE KENA MENGENA DENGAN ENTRY)

Aku someone yang senang rapat and mesra dengan orang. Maybe sebab aku friendly and sporting, orang akan selalu cari aku untuk berkongsi masalah, bercerita itu ini dan ajak aku lepak. Aku tak kesah, tak rugi kita buat kawan kat dunia ni. Bila kawan ramai, senang kita nanti nak mintak tolong.

Tapi yang aku perasan, orang suka cari aku untuk huha-huha juga. Maksudnya, bila kau down, kau nak happy kan diri kau baru kau cari aku. Senang cerita, bila kau perlukan aku untuk 'kepentingan' kau, baru lah kau nak ngendeng-ngendeng dengan aku, buat baik dengan aku.

Aku pelik sangat. Kenapa orang buat macam tu ek dengan aku? Sampai sekarang aku tak dapat lagi reason kenapa aku selalu dilayan macam ni oleh 'segelintir' manusia yang mengaku teman aku... Seriously, aku pun manusia biasa. Ada hati, ada perasaan and aku tahu rasa fed-up tu macam mana. Please la. Take advantage kat orang lain lah. Aku dah penat lah nak buat baik dengan orang.

Kalau korang rasa kawan dengan aku boleh dapat macam-macam keuntungan, memang betullah tapi sampai bila? Lu pikirlah sendiri ye..... :)

Aku tak marah, aku nasihat je :P

Wednesday, 20 June 2012

Atiqa Victoria :: I MISS YOU ::

I was having my supper after watching Rio that I felt so sleepy and decided to sleep early. At 2am in the morning, tiba-tiba terjaga. They say that if kita terjaga dari tidur waktu-waktu macam tu maknanya malaikat kejutkan kita. I went up from the bed, solat and I prayed for everything to be fine for me, my family, friends and him. After performing my solat, I went to grab my novel, I was reading Aimee Ferris' 'Will Work For Prom Dress' and suddenly I saw his face. Macam tiba-tiba muncul dalam ingatan. I guess I especially miss him tonight.


When I was sickly laying on my bed, I had a very worse demam for a week, he went to my house, did all this pertanyaan about my health, and really caring that he didn't want me to sakit-sakit lagi. My parents were not around, so I was kinda sad and depressed at the same time. Tell me, siapa yang suka sakit tapi takde siapa-siapa nak jaga? None of us kan? Masa sakit ni la I suddenly remembered my mum's porridge and tomyam because everytime jatuh sakit, my mum akan beli tomyam panas-panas for me and my siblings. But when I was sakit, no mummy to look after me and to buy me tomyam. So, he replaced my mum, took her role and tried his best to look after me. I was touched and I told my bffs about it. They say that I should be thankful to him because for them, they saw him as a very caring person.


When I was hungry and I found nothing that I could eat, suddenly he came to my house and bought so many delicious food for me. You name it, he will always buy me anything that I want to eat. With smile on is face he said "Nah, I beli untuk you. Makanlah k". Of course I ate all of them but in my heart I felt like crying because how come ada lelaki yang masih lagi nak melayan my kerenah up to this level? He knows that I only drink mineral water so he personally delivered the mineral water to me because usually every two week, I will buy sekotak mineral water kat kedai borong. He knew that kotat air tu berat, so he did all the 'pembelian mineral water' and hantar kat my rumah instead of me going there, took all the trouble of bringing them back.


Not only that, he always try his best to go out with me. We actually managed to go to good places together, tried so many crazy things and explore so many new experiences. We share our happiness and sadness. If bergaduh pun tak akan lama, it is either me or him yang akan fixed the problem so that kitorang tak bergaduh lagi. He once told me that I am a person yang kuat berjalan. He had hard times to cope with my way of 'exploring the world' but because of me, dia ikut je my kehendak. And I feel like kesian kat dia but at the same time I try my best to ikut his will juga so that we can complete each other. 


Sometimes, rasa sangat pelik bila dia asyik nak jumpa, nak jumpa, nak jumpa. Bukan bosan tapi pelik. Dalam seminggu, usually kitorang akan jumpa sekali je but yang peliknya dia sanggup datang rumah sampai 3-4 kali seminggu and we talked about nothing pun bila jumpa. Rindu ke? I don't know. But, I'm very thankful to Allah for sending such a nice guy to look after me and to always remind me to not forget my duty as a Muslim. 


My dad seemed to talk to him before. He seemed like to do a lil bit of talking with him which was suprising to me as my dad don't really talk to stranger. It's a good sign, right? I just want him to know that I miss him so much. He's not here with me. He's so far away from here. Next year baru dapat jumpa balik. I do feel sedikit ralat sebab our last meeting (we went to watch Euro at mamak je) was superb that I did not able to say goodbye to him in a proper way. Erm, I can only look at the ring he gave me, all the photos we took together and I can only read your messages on my phone and call you when I miss you. But that 'kekosongan' cannot be replaced by those things. It's okay. We both know that I'm not a strong girl because I'm driven by my emotions, right? Hoho, kuat taching ke? I will try my best to not mourning on this 'separation' sebab Insyaallah tahun depan kalau takde apa-apa yang jadi, I will meet you again Mr. Muchuk. Please don't forget my existence ye :)




Nota Penulis: I guess being jauh from each other makes him paranoid kot. Kalau tak pick up his call or reply his messages, he will freak out gila-gila like I have forgotten him forever. Chill, I was just sleeping masa tu. Hehehe. Take care. Perform elok-elok kat sana. Semoga dapat buat yang terbaik. Imy. Sambung baca novel balik..


7 bulan.. 2 minggu.. 5 hari.. ^^

This novel is fun. Kill masa sikit nak lupakan 'kekosongan' tu :)

Tuesday, 19 June 2012

Atiqa Victoria :: ADAM RIFQI, MY LIL MAN ::

Alhamdulillah. this evening finally dapat juga pergi melawat my newborn nephew yang lahir 17 Mei yang lepas. Dah nak sebulan dah anak buah Mak Yong ni tapi baru hari ni dapat melawat sebab masa Adam lahir hari itu aku masih lagi 'berkuliah' di UPSI.

When he opens his eyes for the first time :)


If I'm not mistaken, Adam lahir petang 17 Mei 2012, dan berat Adam masa dilahirkan adalah 3.36 kg. Berat ke bagi newborn baby? Tak tahu la aku. Huhuhu. Masa pergi tadi pun dah lewat petang dah, sebab pergi hantar Yaya Azamuddin balik asrama dulu then baru rushing pergi rumah Tok Abah Adam. Sampai-sampai je nampak kakak Adam, Ainina Kaisara my 2 years old niece tengah layan Boboiboy sambil main masak-masak. Sebab dah lama tak melepak dengan dia, dia macam buat 'dek' sikit dengan Mak Yong dia. Lepas kena rasuah Choco Pie seketul, terus dia ok and main kiss-kiss dengan aku. Sapelah ajar budak kecik ni terima rasuah? Huhuhu

Ateh Mama Adam offer nak bagi pegang Adam but I was too scared to hold him since dia sangat kecik and he was sleeping like a lil prince.. Comel sangat dengan mulut terbuka. But bila picit-picit sikit pipi Adam, dia bukak mata jap then sambung tidur balik. Sumpah Mak Yong jeles Adam boleh rilek-rilek tidur, makan, kena dukung, kena dodoi. Kalau mintak dengan Puan Mama, agak-agak boleh dapat lagi tak? Harammmm. Kikiki

Sleeping with open mouth. Kawaiiiiiii


Sebab dapat anak buah baru, excited kena lebih sebab tau la kan, aku kan sangat suka budak-budak. Nak main dengan Umairah, Umairah kat Putrajaya so next time dapatlah main dengan Adam pulak kan. Ainina Kaisara, mintak maaf. Mak Yong nak sayang adik lebih dari kakak. Hehehe

I bought a shoes for Adam. I bought it with Encik Fazree last week but tak sempat nak bagi kat Mama Adam. I love everything about babies. Baby's clothes sangat cute and I couldn't resist myself bila tengok barang-barang baby. Rasa nak beli semua dan buat anak banyak-banyak....................................................... (Tapi rasa macam diri ini belum berkahwin je. Ehek). Semoga Adam cepat besar and jadi anak yang berguna untuk Mama dan Papa k.. Jangan noty-noty macam kakak Adam! Buas beno! Penat MakYong nak jaga :)

Super cute shoes :)

Nota Penulis: Tak lama lagi boleh dah beli kasut baby untuk anak sendiri. Lalalalalala.








Thursday, 31 May 2012

Atiqa Victoria ::LAST ASSIGNMENTS + FINAL EXAMINATION::

Long time no see!

I rarely online sekarang ni. Almaklumlah, sekarang kan hujung-hujung semester. Dengan assignments, dengan daftar kos semester depan, dengan final exam, tak sempat nak curi masa menulis. Hari ni pun secara tiba-tiba dapat ilham nak jenguk blog yang dah bersawang ni dengan harapan dapat release tension sekejap gara-gara mengabadikan diri terhadap assignment Discourse Analisis. Sangat tak awesome pun assignment dia. Kena buat blog analisis.. Boring okay.

Minggu ni, dalam kalender UPSI adalah minggu ke 14 iaitu minggu terakhir kuliah. Banyak kelas yang dah habis awal dan ada juga kelas yang masih diadakan dalam detik-detik terakhir ni. To make it worse, next week adalah final exam and buat pertama kalinya kena hadapi final exam tanpa study week! TADA~~~ *bunyi background yang tak berapa nak suspen

Untuk lebih memahami perasaan aku, sila rujuk jadual peperiksaan di bawah:


Nampak tak apa yang aku nampak? Exam start hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat lepas tu ada la seminggu rehat baru exam balik? Pe jadah jadual macam ni? *sigh

Pukul 3.33am tadi aku berjaya menghabiskan jugak assignment Discourse Analysis merangkap assignment terakhir buat semester 4 ni. Harap aku tak lupa la apa yang aku buat tadi sebab Isnin ni paper pertama adalah paper Discourse Analysis.

1 Jun 2012
Tamat suda mood ber'assignment'
Selamat datang mood 'peperiksaan'
Mintak restu bonda dan ayahanda
Untuk anakanda menghadapi ujian akhir nanti
Fighting!

Tuesday, 8 May 2012

Atiqa Victoria :: JENIS BENTUK MUKA AKU? ::

Bersempena dengan Pesta Konvokesyen yang berlangsung dari 6 haribulan Mei sehingga 9 haribulan Mei ni, aku pun jalan-jalanlah dengan roommates aku pergi jenguk-jenguk apa yang ada kat pesta konvo tu. Jalan punya jalan, usya punya usha, aku jumpa sesuatu yang menari perhatian aku iaitu- CERMIN MATA HITAM!


Kalau yang kenal aku tu, mesti korang tahu betapa taksubnya aku dengan shades ni lagi-lagi kalau jenama Ray Ban. Memang perasaan nak memiliki shades Ray Ban ni lain macam sikit. Pantang nampak mesti nak beli. Dalam dok belek-belek segala jenis shades yang ada (harga RM10 je nokk. Mak pun terujalah kalau nampak yang murah-murah ni! Auuww) tiba-tiba terfikir pula muka aku ni jenis bentuk muka yang macam mana ek? Ada bentuk muka yang bulat, bujur, petak, hati, diamond, etc tapi sumpah aku tak tahu apa jenis bentuk muka aku ni.


Mengikut perasaan aku (tidak dipengaruhi oleh cakap-cakap orang ye), bentuk muka aku ni bulat. Atas rasional, pipi aku tembam nak mampuih! Puihhh! Dulu time high school, classmate aku si Chan selalu cubit pipi aku. Geram kata dia. Sampai melorot pipi aku dia cubit! Suka-suka je, Encik Bakal Suami pun tak pegang lagi tau pipi I wahai Chan~~~ Hehehe


Tapi, ada kawan yang cakap dagu aku jenis yang meruncing ke bawah. Macam dagu Victoria Beckham yang super hot ang gojes tu. Kalau macam dagu Victoria Beckham tu, maknanya muka aku jenis bentuk hati la kan? Tapi, muka jenis bentuk hati ni selalunya dahi dia luas.Tapi dahi aku tak luas pun. Pening3~~~ Tak tahu yang mana satu jenis bentuk muka aku ni!


Disebabkan perasaan sangat tahu tu sangat kuat berbanding dengan perasaan nak buat assignments yang berlambak tu, aku pun google cara on how to determine shape muka aku ni. Perghhh, siap kena ukur bagai lah! Tak pasal-pasal aku pun jadi ngok ngek je pinjam measuring tape si Nadiah pastu dok tanya budak-budak bilik terms bahasa Melayu yang aku tak faham macam alis mata, rahang, bla bla bla (ye, BM saya sedikit sucks). Dah ukur pun masih confuse jugak! Arghhhhh! Agak-agak korang muka aku ni jenis apa hah? Bulat kan? Abaikan je dagu yang meruncing tu ye. Hehehe


Pada korang-korang yang tahu bagaimana caranya nak tentukan bentuk muka kita ni, free to comment k. Mak sangat-sangat nak tau ni nokkkkkkkkkkk. Hehehe..






berusaha menyerupakan diri menjadi Ratu Lalat
pakai spek bentuk petak.. maaf, kualiti pic kurang memberangsangkan.. enpon murah
Ray Ban petak.. Cam !@#$%^&* Huduh!


p/s: Terima kasih kakak Nadiah sebab bagi pinjam measuring tape. Silalah sambung layan cerita Thai tu ye <3

Saturday, 5 May 2012

Atiqa Victoria :: I'M BACK ::

I did some changes to my blog. Pink and purple are the main colors. Don't blame me for liking pink and purple with all my heart! Hahaha. I seldom update my blog these days because I have too many assignments and tests so right now, I am 90% done with all those annoying tasks and exams. Later, I will be posting new entries regarding my campus life, my birthday party, my recent hobbies and interest and many more.. Hopefullly.. :) Comment my older posts and I am sure to visit your blog and hit you back! That's my promise!


Happy Saturday People!
xoxo

nak enterprem gaksss! huhu

Wednesday, 18 April 2012

Atiqa Victoria :: GIRLFRIEND THERAPY ::

It was my semester break and I had nothing else to do so I decided to lepak with my girlfriend, Eqin. So, we went to KLCC because Eqin wanted to buy a brand new running shoes for herself. It was fun because it had been ages since we last went shopping together. And after bought her stuffs, Eqin wanted to watch Mirror Mirror and yes, we did watched the movie even though we had to sit in the front row. (I watched the movie with my brother before but couldn't tell no to Eqin. Just got along with her when she asked me to watch the movie with her) Can you imagine how hard it was for us to keep on mendongak for the whole time? Suffered a lil bit but what more can I say. Mirror Mirror was super awesome. Love Julia Roberts so much! After movie, we filled our empty stomachs with the delicious Char Kuew Tiow and Nasi Lemak Sambal Sotong (my fav!). It was a very good day for me and Eqin. Well, it was really an impromptu kind of thing. Last minute of everything but I appreciate my day out with Eqin since we seldom see each other recently. Thanks HoneyB :) Can't wait for the next day out with you <3


my bff honeyB Eqin <3

my favorite football team! 


i wish i could have all the handbags

















Monday, 9 April 2012

Atiqa Victoria:: I'M LIVING MY BITTER LIFE WITH A SMILE ::



Sometimes bila apa yang kita rancang tak menjadi seperti yang direncanakan. Sometimes apa yang kita dapat tidak menepati kehendak dan cita rasa kita. Sometimes kita terpaksa tebalkan muka sekadar nak menyedapkan hati orang lain. Sometimes kita kena jadi fake untuk diterima orang ramai. Sad, but that is my life.


It's ok. Sebab itulah dinamakan life is unexpected yet meaningless. Maksudnya, sebanyak mana pun usaha yang kita taburkan dalam membuat sesuatu, at the end of the day, sia-sia je benda tu. Aku penat tapi bila aku fikir balik, hidup ini satu persinggahan je. Jangan nak kejar sangat dunia ni. Kejar yang abadi, yang kekal selama-lamanya.


Walaupun susah nak lead a happy life, remember yang hidup kita ini adalah pilihan. Kita pilih, kita yang corakkan hidup kita. So, jangan pernah menyesal dan merungut. Anggap apa saja yang terjadi adalah satu ujian kepada kita. Redha dan percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 


Ok, dah ramai orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Terlalu ramai sebenarnya. Tapi takpelah. Mesti ada sebab. Kita tak nampak lagi rancangan Allah s.w.t untuk kita. Cuma yang ralat sangat tu, cepat je air mata ni nak mengalir kalau teringat those people yang used to make me smile ni.. 


Enough dengan cerita tachink ni. Aku tak nak ingat. Life must go on. I just want to live this live happily :)


Nota Penulis: Both my mum and dad are not in good condition. Nasib baik cuti sem, dapat jaga parents. Doakan kesihatan mum and dad bertambah baik. Amin

Thursday, 5 April 2012

Atiqa Victoria:: DAH MASUK MUDAH ::

Sadly to announce that aku dah masukkan iklan dalam Mudah untuk jual Harper, my Samsung Galaxy S2..
I love this phone so much because there are so many thing yang aku belum discover lagi pasal phone ni. But what to do. Since I've no choice, kena lah jual jugak dan beli BB je (hati tak rela).

To my cousin, Qayyum Faiz, thanks sebab ambilkan pictures Harper, rumah Harper (kotak phone) dan masukkan dalam Mudah. Hope dapat cepat respond dan dapat cepat duit (I want to shop!).

To my Harper..

Mummy loves you. Jodoh kita tak panjang but I want you to know that you are the best daughter I have ever had! (Tutup muka sambil menangis) To Harper's new mummy/daddy, please look after Harper really well. Harper loves attention, you must hold her 24/7 and by the way, Harper looks good only when she wears red case. No other color please in order to respect her feeling.. Got it?

Nota Penulis: Tak puas main game lagi, tak puas guna PicsArt lagi.. Ok, jom survey harga BB pulak! 


Tuesday, 27 March 2012

Atiqa Victoria ::MIMPI LAGI ::

Macam takde punchline letak pic ni. Hehehe


Serious, malam tadi aku mimpi aku kahwin. Dengan siapa? Dengan someone yang aku kenal. Adakah aku terlalu gatal untuk berkahwin? Jawab sendiri ye Atheyqa..

*sampai sekarang masih tersipu-sipu malu bila imbas balik mimpi malam tadi. Ahaks! Majlis kahwin macam retissss! Tapi tak mainlah taja-taja ni. Sentap? Kesah? Kekekeke. Sorry..

Nota Penulis: Takmo kawen awal. Nak enjoy dulu! Boleh kan..?

Atiqa Victoria :: SALAH AKU ::

Kalau dia layan kita dengan baik, tak bermakna dia suka kat kita
Kalau dia sentiasa ada untuk tolong kita, tak bermakna dia harapkan sesuatu dari kita
Kalau dia ada untuk mendengar cerita kita at the end of the day, tak bermaksud kita berhak ke atas dia

Aku tahu aku siapa
Tak layak untuk siapa-siapa
Sebab aku bukan perempuan yang baik
Aku banyak buat silap
Dan sampai bila-bila kesilapan tu akan menghantui diri aku

Aku tak harap kau ada 24/7 dengan aku
Sebab aku tahu kau cuma nak hulur salam persahabatan
Bukan hal hati dan persaan yang nak kau pertaruhkan

Silap aku
Silap aku bermain dengan bayang aku sendiri
Silap aku sebab bukak hati aku terlalu cepat
Silap aku sebab berharap pada yang dah tentu tak pasti buat aku

Mungkin itu takdir kita
Susah nak diterima dek akal dan hati
Tapi biar masa menentukannya..




Nota Penulis: I wrote this crap in Malay? Biar betul weyh! Bangga aku dengan bahasa Melayu aku walaupun tunggang terbalik here and there! Ok, back to the mood! Sedih la :(

Monday, 26 March 2012

Atiqa Victoria :: GORENG PISANG DENGAN STRAW? ::

Owh God! Seriously, like seriously ada kes pisang goreng digoreng dengan straw? I'm soooo kuno + jakun sebab konon-kononya kes ni dah lama keluar dah. Agaknya aku seorang je dalam Malaysia ni yang tak tahu pasal kes ni. Thanks to Rashidi, I finally got to know pasal benda ni. Hilang selera aku nak makan pisang goreng!


Speechless tak speechless seorang aku yang suka makan pisang goreng then suddenly dapat tahu hakikat wujudnya kes macam tu. Euwwwwwww! Dengar ceritanya, straw ni diletakkan dalam minyak masak yang nak digunakan untuk menggoreng pisang tadi. 

Kalau tak silap aku, kes ni mula dikesan bila ada orang terjumpa puntungan straw dalam pisang goreng tersebut which means  yang puntungan straw tu tak cair semasa digoreng. Straw tu sebenarnya akan cair bersama minyak memasak pisang goreng tu. Biar betul?

Then bila aku kaji balik kenapa orang letak straw dalam minyak masak ni (ye, nampak beno nipunya kalau kata aku yang kaji. aku tanya kawan aku si Rafael deng deng deng deng sebenarnya. kekekeke) rupa-rupanya kalau kita campur pisang goreng ni dengan straw, pisang goreng ni akan jadi sangat rangup dan kerangupan dia boleh tahan sampai 3 hari tau. Lama tak lama tu? (Arghhh, pisang yang aku makan tadi sangat rangup!! *trollface)

Nak makan lagi ke tak lepas ni? Ada side effect tak straw tu? Kalau takde, nak makan lagi. Hoyeah!!!!



Pisang goreng yang dah selamat dalam perut aku.. Alhamdulillah. Esok nak beli lagi! Hahahaha :)

Sunday, 25 March 2012

Atiqa Victoria :: BILA NAK PERGI KELAS::

Erm.. Dengan suka hati dan over nya, aku meletak pic aku dengan harapan orang cakap aku cute walaupun hakikatnya aku tahu aku akan kena sepuk dan belasah sebab perasaan cute.. What to do. Penyakit keturunan. Maaf ye semua.. -__-!

yang ni aku pakai baju yang colorful. tapi base dia kaler putin. and pakai tudung purple.. ada gaya seorang teacher yang berjaya tak?
hari malas. pakai jubaj itam dengan tudung kaler kelabu.. alasan pakai jubah, malas nak iron baju kurung. again, nampak macam seorang teacher bahasa inggeris yang berjaya tak? sila jawab ya!
pakai baju pink, dan makan mamee monster. ni lunch aku taw.. kesian kan.. ;(


Memang sangat takde motif entry ni.. Alahai. Kesian korang kena tengok pic aku yang tak semegah ni. Sorry korang ^__^ Next time aku buat entry yang berfaedah sikit ye.. Alahai aku..

Atiqa Victoria :: BLOG BERHABUK::

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Dah lama sangat-sangat tak update blog! Thanks to my poor condition of body yang asyik sakit ni, aku tak dapat nak update blog aku yang ter'chenta' ni.. Dah bersawang, dah berhabuk dah pun.. Sorry my blog.. Lepas ni kita selalu update awak ye.. :)

So, tak banyak cerita yang nak dicerita pun since aku demam selama seminggu, aku banyak assignments (especially assignments Writing Skills), aku busy membaca novel, short stories dan poems untuk kelas Literature dan wifi kat rumah sewa sangat sengal. Kadang-kadang wujud, kadang-kadang ghaib! Gila stress hidup aku sekarang!

Owh ye, aku rasa macam rindu sangat-sangat kat rumah tapi takpe sebab lagi 2 minggu nak cuti semester. Walaupun aku dengan belagaknya cakap dekat Bonda yang aku nak balik KL naik bas je tapi dalam hati ni nak sangat kalau ada orang yang menjemput aku balik. Gila poyo, ingat anak raja ke nak suruh orang jemput kau balik. Amboiiii! Balik sendiri la!!!

Dan lagi satu, I am working with a project untuk kelas Writing Skills. Kena buat picture book untuk kanak-kanak. So aku, Nadiah and Zureen dah macam kanak-kanak ribena dah. Kena lowered kan minda jadi macam budak-budak balik sebab nak samakan level pemikiran kitorang dengan budak-budak. Memang takde masalah la kot since aku rasa perangai kitorang pun macam budak-budak. Grow up sikit Atheyqa, Nadiah and Zureen! Kekekeke. Dah macam budak-budak tadika je aku tengok kita ni. Yang penting tajuk picture book kita adalah- DOTTY THE DETECTIVE~~ (Thanks to file aku yang ada gambar budak detective. Sumber inspirasi kitorang)

cover page yang hampeh. janji ada cover page. lantak la


And, abang senior dengan aku dah baik macam biasa.. (Tak tahu lah seminggu berapa kali kitorang gaduh but I know deep inside kitorang main-main je. Gurau-gurau kasar plus manja la) And, thanks sebab jaga I masa I demam hari tu ye.. Macam-macam You tolong buat. And thanks untuk ole-ole dari kampung You.. :)

letak pic dari bahagian tepi je. xley bagi dari depan. kang korang terjatuh aty plak. xley3!!! *hahaha. suka aty aku je


Sekarang ni tengah layan Running Man untuk keberapa juta kali pun tak tahu dengan roommate aku si Asma. Dia pun dah berjangkit dengan aku. Suka layan Running Man pulak sekarang. Yoo Jae Suk oppa! We love you!
Kekekeke ^__^



p/s: Esok ada kelas pagi tapi mata takde tanda-tanda nak tidur. Sekian terima kasih..

Thursday, 1 March 2012

Atiqa Victoria :: MY S2 PHONE CASE::

GILA! Baru je 5 seconds tadi post new entry pasal aku yang dah miskin dan kayap, tiba-tiba je post entry pasal nak beli phone case untuk Harper (my baby Samsung Galaxie S2)! Memang poyo gila la kan~

Sekarang ni, aku hanya mampu pakaikan Harper dua jenis baju/case je atas faktor kewangan yang kurang stabil. Baju pertama Harper adalah baju color merah dan keras ni. Tapi Harper sangat suka ok.

red itu 'ong'

Baju kedua Harper, baju standard je pun.. Tak mampu la katakan. Beli kat Hari Terbuka Kolej Kediaman KUO je pun.. Sorry Harper, mummy tak mampu beli baju mahal-mahal untuk Harper :(

leather case memang sangat smart dan sentiasa menjadi pilihan aku

Tadi, dok gatal-gatal search kat Google phone case untuk S2. Berkenan lah dekat banyak jenis cases sampai rambang mata. Nak beli semua je rasanya!

suka 'benda' yang blink-blink tu je

aku sangat nak case ni!!!

leather case ni pown cantik jugak. suka pattern dia

ok, ni iphone punya tapi nak yg macam ni.. harga mahal, tak jadi beli!

dapat yang ni pun jadilah.. Harper nak baju yang bukak ke depan macam buku


Nota Penulis: Ada orang nak sponsor saya tak? Sedia menerima segala jenis penajaan.. :)




Total Pageviews