I rarely online sekarang ni. Almaklumlah, sekarang kan hujung-hujung semester. Dengan assignments, dengan daftar kos semester depan, dengan final exam, tak sempat nak curi masa menulis. Hari ni pun secara tiba-tiba dapat ilham nak jenguk blog yang dah bersawang ni dengan harapan dapat release tension sekejap gara-gara mengabadikan diri terhadap assignment Discourse Analisis. Sangat tak awesome pun assignment dia. Kena buat blog analisis.. Boring okay.
Minggu ni, dalam kalender UPSI adalah minggu ke 14 iaitu minggu terakhir kuliah. Banyak kelas yang dah habis awal dan ada juga kelas yang masih diadakan dalam detik-detik terakhir ni. To make it worse, next week adalah final exam and buat pertama kalinya kena hadapi final exam tanpa study week! TADA~~~ *bunyi background yang tak berapa nak suspen
Untuk lebih memahami perasaan aku, sila rujuk jadual peperiksaan di bawah:
Nampak tak apa yang aku nampak? Exam start hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat lepas tu ada la seminggu rehat baru exam balik? Pe jadah jadual macam ni? *sigh
Pukul 3.33am tadi aku berjaya menghabiskan jugak assignment Discourse Analysis merangkap assignment terakhir buat semester 4 ni. Harap aku tak lupa la apa yang aku buat tadi sebab Isnin ni paper pertama adalah paper Discourse Analysis.
1 Jun 2012
Tamat suda mood ber'assignment'
Selamat datang mood 'peperiksaan'
Mintak restu bonda dan ayahanda
Untuk anakanda menghadapi ujian akhir nanti
Fighting!

No comments:
Post a Comment
Nak Dengar Kata Awak Pulak