Thursday, 3 November 2011

Atiqa Victoria:: ::

About Atiqa Azam #1- Zaman Sekolah

*mula naik pentas untuk buat persembahan pada usia 5 tahun semasa di sekolah tadika. Aku bersyair time tu. Bila nampak mummy dengan daddy aku kat depan, aku jadi nervous dan recite syair dalam keadaan tegak macam tiang bendera.. *Shegan saya

*pernah jadi monitor kelas, pustakawan sekolah, pembimbing rakan sebaya, pengawas, presiden kelab dan persatuan, penulis skrip drama sekolah untuk hari kemerdekaan, mc dan mentor semasa di sekolah.. Cam harammmm je nak mention semua! Ahaks. Bongkak di situ!

*pernah terlibat dalam pementasan Phantom of the Opera masa form 3. Aku adalah Meg Giry.. Sumpah time ni paling best sekali dalam zaman sekolah aku!

*akan bertukar-tukar kad raya dengan bebudak kelas setiap tahun. Dan aku masih simpan semua kad raya korang ye!!!

*mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bola keranjang lawan dengan senior-senior. Baru form 2 masa tu. Aku tahu korang susah nak percaya sebab aku kurang tinggi kan. Walaweyh!

*aku tak tahu la suara aku sedap ke tak tapi aku dengan group aku yang seramai 4 orang menang nyanyian padu suara yang ala-ala akademi fantasia. Johan weyh.. Aku pun tak sangka!

*pernah di aim oleh cikgu sebab mulut yang tidak diinsurankan.. Sorry Cikgu Hayati.. Errr

*nickname- ayam.. -__-!

*pernah bersekolah di 6 buah sekolah yang berbeza. Tapi semuanya di Ampang dan Kuala Lumpur

*selalu dapat top 3 dalam kelas.. *Sekali lagi shaye bongkak. Maafkan shaye

*pernah shuke someone dan ada banyak cerita menarik dengan dia dan sampai sekarang kalau jumpa dia, aku tak boleh cakap sambil tengok mata dia. Budusssss! Obvious giler kot!

*suka pakai beg and pencil case Body Glove, kasut Bata, pensil shaker color purple, dan calculator Casio

*pernah dilempang.. Ingat aku baik ke zaman sekolah dulu?


*suka subjek English dan Sejarah. Tak suka subjek Add Maths, Chemistry dan Pengurusan Perniagaan

*pernah tipu my mummy dengan mengatakan aku migrain dan tak larat pergi sekolah padahal sebab kerja sekolah tak siap lagi. Hamek ko, mummy ku terus bawak pergi klinik.. -__-! Kantoi

*ada banyak abang angkat -__-!

2 comments:

Nak Dengar Kata Awak Pulak

Total Pageviews