Tuesday, 1 November 2011

Atiqa Victoria :: PERANGAI BARU AKU YANG DASYAT ::

Erm, lately ni aku telah dijangkiti dengan satu penyakit yang sangat berbahaya dan bisa mendatangkan banyak keburukan iaitu penyakit - MELASER
Sumpah aku tak tahu bila dan macamana aku boleh dijangkiti penyakit berbahaya ni
Rasanya sejak semester baru ni start kot. Hahahaha
Penyakit ni akan menyerlahkan diri dia di masa-masa kecederaan seperti:




1. Nampak copule dok berdating masa tunggu bus


Time ni, rasa menyirap pun ada bila dok tengok junior-junior dok flirting-flirting sambil tunggu bus. U jeling I, I jeling U. You tampar lembut bahu I, I cubit manja perut u. Ala, so sweet! Weyhhhhh! Serious rasa nak maki je hangpa-hangpa yang berkenaan! Nak dating pi kat Tasik Proton City nun. Tak pun pi KFC kat Pekan. La ni dah ada KFC drive thru. Lagi kelasss. Ley makan suap menyuap dalam aircond lagi. Toksahla nak berdrama manja-manja depan mata aku! 


Kes ni berlaku masa kami dok tunggu bus di PC untuk ke kampus. Time tu berebut nak naik bus. Si lelaki dengan gentlemannya menolak semua orang dan bagi awek dia naik dulu. Wah, banyak besar kau dengan awek kau? Dalam bus pun menyusahkan orang bila si lelaki nak berdiri sebelah si awek menyebabkan banyak ruang ditinggalkan kosong padahal kat bawah bus ada berjuta-juta lagi orang nak naik bus tapi tak dapat naik disebabkan si lelaki ini. Yela, aku tipu, dalam 50 orang lebih je nak baik bus masa tu. (Abang Misai, saya ingat muka awak sampai last semester!)


Selalunya memang aku melaser la kalau jumpa makhluk-makhluk tuhan macam mereka ini kan. *Adakah sebab saya bujang dan jealous melihat aksi-aksi romantik mereka? Macam tak boleh terima kenyataan je aku dok melaser sebab jealous kat depa. Alamak. Shegannya shaya.


Maaf, penyakit tu yang buat saya melaser. Mak ayah saya ajar saya baik je. Hahahaha.




2. Nampak junior dok tergedik-gedik dengan jantan-jantan UPSI yang howt


Hah, yang ni memang menyirap. Selamber aku je mengutuk junior-junior aku yang tengah nak membesar ni depan-depan diorang je. Nak mengorat boleh, silakan. Tapi yang tak berkenan di hati saya yang suci ni, perlu ke korang gelak mengilai-ngilai depan orang ramai semata-mata nak tarik perhatian jantan-jantan gojes tu?


Situasi ni berlaku dalam Dewan Rakyat di Parlimen ya. Tengah aku kusyuk baekkk punya dok usya Khairy Jamaluddin yang agak semart pada hari tu, tiba-tiba aku rasa macam kerusi yang aku yang aku duduk tu bergegar. Usya line kiri tengok budak-budak perempuan junior aku ni dok tergelak-gelak. Tak duduk diam. Rupanya sedang main cinta sama budak lelaki yang merupakan junior aku gak. Menyirap ni. Dalam Dewan Rakyat kau nak memekak, depan mata aku pulak tu, memang mendapat la kan. Kan dah kena laser dengan Kak Jah!


*Mungkin sekali lagi saya jealous sebab jantan-jantan gojes tak pandang saya pun.. Alahai


 Maaf sekali lagi, penyakit tu yang buat saya melaser. Mak ayah saya ajar saya baik je. Peace!




3. Bila pakcik driver bus kurang asam sama kami


Situasi 1: Aku dan Nadiah tertinggal bus untuk ke PC dari kampus. Signboard (okay, kertas A4 je) menunjukkan yang kalau nak ke PC, kena tunggu bus di bus stop KZ/KAB. Baik punya tunggu, sekali bus berhenti dekat bus stop KUO/KHAR menyebabkan kami tak sempat naik dan tertinggal bus. Hari tu kami lambat ke kelas -__-!


Keesokan harinya, aku dan Nadiah kunun-kununnya belajar dari kesilapan la. So kitorang nampak bus berhenti kat bus stop KUO/KHAR lantas kitorang pun tanya la kat pakcik bus sama ada bus ni pergi ke PC atau tak. Cam bloody hell la bila pakcik tu dengan kereknya cakap 'Tak nampak ke signboard? Nak pergi PC tunggu kat sini ke kat sana?". So aku dengan politenya cakap yang aku sekadar bertanya sebab semalam gara-gara tak bertanya kitorang tertinggal bus. Dia dengan kurang asamnya meninggikan suara dan marah aku. Aku memang tak boleh kalau aku tanya elok-elok, orang buat kurang ajar dengan aku. Baru je nak melawan, Nadiah tarik tangan aku dan bawak aku pergi dari pakcik tak betul tu. Dan bus tu ada kertas yang tertulis KUO --> PT --> PC. Bus yang kau bawak tu nak pergi PC, tunggulah kat bus stop KZ/KAB. Yang kau tunggu kat bus stop KUO/KHAR apahal! Pathetic punya pakcik!


Situasi 2: Pengalaman dengan pakcik yang sama. Sebelah kaki atas tangga bus, dan sebelah lagi masih menjejak bumi. Dan tanpa disangka, pakcik tu terus bawak bus macam tu saja. Nasib baik orang belakang aku sempat tolong tolak aku naik atas bus. Kalau tak, dah jadi arwah dah aku ! Serious, kalau aku jadi hantu, memang aku kacau pakcik ni! Dahlah bawak bus secara berbahaya, ada hati nak marah aku. Nasib baik aku ingat yang dia tu pangkat pakcik. Kalau tak, memang aku melaser kaw-kaw dah!


Kepada pakcik bus yang berkaca mata, yang drive bus dari KUO/KHAR, saya tahu no plat bus pakcik. Pakcik dah 3 kali kurang asam dengan saya. Kalau pakcik kurang asam lagi lepas ni, sumpah saya buat demonstrasi suruh pakcik dipecat! Kurang kasih sayang punya pakcik!


Yang ni memang mak ayah saya ajar saya baik, tapi saya je yang jahat!


So kesimpulannya, kalau aku face situasi-situasi macam ni lagi dalam hidup aku, aku rasa penyakit melaser aku akan menggila dan boleh membunuh aku. Maybe boleh buat aku kena tampar ke, kena condemn ke. Huhuhu. Maaf, ini adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan. Takde niat pun nak laser melaser. Tapi ingat, lu baik sama gua, gua jaga hubungan gua ngn lu. Lu hampeh dengan gua, gua double hampeh dengan lu. PEACE NO WAR

2 comments:

  1. kakak....dh ari rabu la...ari baik sedonia....
    p/s: anas msti suka ayt mak bapak 2 :) sy smstinya suka anas!

    ReplyDelete
  2. Hari ini saya Atiqa dan Nadiah akan menjadi baik! Yayh! No more lasering our juniors dan pakcik bus

    ReplyDelete

Nak Dengar Kata Awak Pulak

Total Pageviews