Tuesday, 14 August 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012

11 Ogos 2012 yang lepas, aku berpeluang berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah aku masa sekolah menengah kat SMKPJ dulu. Diorang ni kira geng-geng kamcing aku lah! Idea nak buat reunion ni datang bila salah seorang dari kawan-kawan aku bertanya bila aku nak buat reunion kelas sebab dah 2 tahun dah kami tak berjumpa. 4 tahun sebelum ni kami ke Port Dickson. 3 tahun yang lepas pula kami berpiknik di Melaka. Memang meriah dan happening sebab budak-budak ni semua jenis tak makan saman langsung. Haha.

So, dalam keadaan aku yang sedang bercuti semester, aku pun decided la nak buat perjumpaan semula dengan sahabat-sahabat tercinta yang jauh di mata tapi dekat di hati ini. Ececeh. Sembilu kasih pulak. So, after discussing sama itu Shikin, Atika, Fatwa dan Syazwan maka dapatlah aku rumuskan yang reunion nanti dibuat semasa bulan puasa.

Nak buat memang banyak cabaran. Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu (badan kita kurang darah sampai kena masuk darah okay), dengan susah nak contact budak-budak (tukar no phone tak nak roger!), dengan susah nak dapatkan respond, dan dengan ketidak-dapat-hadiran orang-orang penting. Aku rasa macam nak gila je nak arrange majlis ni.Tapi orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit (betul ke?) maka dapatlah juga aku meng'comfirm'kan tarikh dan tempat untuk majlis reunion ni.

Tempat buat dekat-dekat sudah sebab apa, sebab malas nak menapak jauh-jauh semata-mata nak pergi makan. Jadi. lepas buat research here and there (pergi dengan Arsyad tu), maka berjumpalah aku dengan restoran seafood dan tomyam ni. D'Thaharah Seafood & Tomyam namanya, Terletak di Kampung Pandan. Sederet dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Pandan dan dekat juga dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan. Dari segi kedudukan dan geografi, tak susah nak cari kot. Google map je kalau rasa nak pergi cuba makanan di restoran ni.

Marilah jenguk-jenguk gambar-gambar kami berunion dan berbuka puasa ye. Makanan dia sodap-sodap. Tapi sejak badan masuk darah ni, tengok nasi pun dah tak bernafsu dah. Tengok jantan je bernafsu. Kekekeke. Itu lawak hari ini, sila gelak guling-guling!!!!! *kaber line

poster untuk promote event
6 pagi aku buat benda alah ni. Hahaha 
meja agak panjang ye sebab kitorang request nak cantum meja. mulanya pihak restoran nak bagi meja bulat tapi kalau bulat tak muhibbah la kan. haha

antara lauk pauk yang disediakan untuk juadah berbuka puasa. Ada siakap 3 rasa, kangkung masak belacan, paprik , tomyam, telur dadar, nasik goreng, satay. air pulak, shikin suruh ambil air tembikai

muka-muka yang hadir.. perut ke depan semua. hehehehe

muka-muka datang awal. dari kiri: mona, marlysa dan nadzirah, sebagai ganjarannya dapat makan banyak3!!!

yang ni pun antara yang terawal sampai. sibuk duduk menyelit kat  tepi dinding. dari kiri: kamar, syazwan seng dan fendi


time makan semua senyap sunyi. hoho
kad raya reunion. gambar blur asal??? 

Majlis diakhiri dengan keadaan terkawal. Masing-masing busy gila so nak chow awal. Tapi aku perasan something, muka diorang tetap sama macam 5 tahun lepas :) Tak berubah! Yang berubah mungkin rambut dan saiz badan (aku la tu. makin sihat), tapi muka tetap macam tu jugak. 

So, aku sebagai pengarah program nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir. Terima kasih juga sebab habiskan makanan. Seriau juga tengok makanan banyak. Sengaja order banyak sebab aku tahu korang jenis pelahap kalau makan. Sama dengan aku jela pun. Pada yang tak dapat hadir tu Insyaallah raya nanti kita jumpa ye. Kalau tak dapat juga Insyaallah kita jumpa bila salah seorang dari kita nak kahwin nanti. Reunion time tu jela! Kannnn. Mekaseh korangggg! Sayang kamoo, kamoo dan kamoo banyak-banyak!

p/s: Motif sebenar penulis anjurkan majlis ni sebab nak cari jodoh. Tapi tak jumpa pulak jodoh tu. Almaklumlah, penulis tak hot. Kekekeke. TQ buat Abang Senior yang rilek je join majlis ni walaupun tak pernah sekolah sama!

3 comments:

  1. untung la.. ak nk ajak mak ak berbuka skali da time tu.. hahhaha.. ~MAIL~ (malas nk sign in)

    ReplyDelete
  2. haha. mail sengal.. perlu le malas nak sign in? macam takde punchline je.. untungla sebab ada kau nak habiskan semua makanan................................ :)

    ReplyDelete
  3. wahhh..masuk blog...hehe...kenangan.. :D

    ReplyDelete

Nak Dengar Kata Awak Pulak

Total Pageviews