Tuesday, 27 March 2012

Atiqa Victoria ::MIMPI LAGI ::

Macam takde punchline letak pic ni. Hehehe


Serious, malam tadi aku mimpi aku kahwin. Dengan siapa? Dengan someone yang aku kenal. Adakah aku terlalu gatal untuk berkahwin? Jawab sendiri ye Atheyqa..

*sampai sekarang masih tersipu-sipu malu bila imbas balik mimpi malam tadi. Ahaks! Majlis kahwin macam retissss! Tapi tak mainlah taja-taja ni. Sentap? Kesah? Kekekeke. Sorry..

Nota Penulis: Takmo kawen awal. Nak enjoy dulu! Boleh kan..?

Atiqa Victoria :: SALAH AKU ::

Kalau dia layan kita dengan baik, tak bermakna dia suka kat kita
Kalau dia sentiasa ada untuk tolong kita, tak bermakna dia harapkan sesuatu dari kita
Kalau dia ada untuk mendengar cerita kita at the end of the day, tak bermaksud kita berhak ke atas dia

Aku tahu aku siapa
Tak layak untuk siapa-siapa
Sebab aku bukan perempuan yang baik
Aku banyak buat silap
Dan sampai bila-bila kesilapan tu akan menghantui diri aku

Aku tak harap kau ada 24/7 dengan aku
Sebab aku tahu kau cuma nak hulur salam persahabatan
Bukan hal hati dan persaan yang nak kau pertaruhkan

Silap aku
Silap aku bermain dengan bayang aku sendiri
Silap aku sebab bukak hati aku terlalu cepat
Silap aku sebab berharap pada yang dah tentu tak pasti buat aku

Mungkin itu takdir kita
Susah nak diterima dek akal dan hati
Tapi biar masa menentukannya..




Nota Penulis: I wrote this crap in Malay? Biar betul weyh! Bangga aku dengan bahasa Melayu aku walaupun tunggang terbalik here and there! Ok, back to the mood! Sedih la :(

Monday, 26 March 2012

Atiqa Victoria :: GORENG PISANG DENGAN STRAW? ::

Owh God! Seriously, like seriously ada kes pisang goreng digoreng dengan straw? I'm soooo kuno + jakun sebab konon-kononya kes ni dah lama keluar dah. Agaknya aku seorang je dalam Malaysia ni yang tak tahu pasal kes ni. Thanks to Rashidi, I finally got to know pasal benda ni. Hilang selera aku nak makan pisang goreng!


Speechless tak speechless seorang aku yang suka makan pisang goreng then suddenly dapat tahu hakikat wujudnya kes macam tu. Euwwwwwww! Dengar ceritanya, straw ni diletakkan dalam minyak masak yang nak digunakan untuk menggoreng pisang tadi. 

Kalau tak silap aku, kes ni mula dikesan bila ada orang terjumpa puntungan straw dalam pisang goreng tersebut which means  yang puntungan straw tu tak cair semasa digoreng. Straw tu sebenarnya akan cair bersama minyak memasak pisang goreng tu. Biar betul?

Then bila aku kaji balik kenapa orang letak straw dalam minyak masak ni (ye, nampak beno nipunya kalau kata aku yang kaji. aku tanya kawan aku si Rafael deng deng deng deng sebenarnya. kekekeke) rupa-rupanya kalau kita campur pisang goreng ni dengan straw, pisang goreng ni akan jadi sangat rangup dan kerangupan dia boleh tahan sampai 3 hari tau. Lama tak lama tu? (Arghhh, pisang yang aku makan tadi sangat rangup!! *trollface)

Nak makan lagi ke tak lepas ni? Ada side effect tak straw tu? Kalau takde, nak makan lagi. Hoyeah!!!!



Pisang goreng yang dah selamat dalam perut aku.. Alhamdulillah. Esok nak beli lagi! Hahahaha :)

Sunday, 25 March 2012

Atiqa Victoria :: BILA NAK PERGI KELAS::

Erm.. Dengan suka hati dan over nya, aku meletak pic aku dengan harapan orang cakap aku cute walaupun hakikatnya aku tahu aku akan kena sepuk dan belasah sebab perasaan cute.. What to do. Penyakit keturunan. Maaf ye semua.. -__-!

yang ni aku pakai baju yang colorful. tapi base dia kaler putin. and pakai tudung purple.. ada gaya seorang teacher yang berjaya tak?
hari malas. pakai jubaj itam dengan tudung kaler kelabu.. alasan pakai jubah, malas nak iron baju kurung. again, nampak macam seorang teacher bahasa inggeris yang berjaya tak? sila jawab ya!
pakai baju pink, dan makan mamee monster. ni lunch aku taw.. kesian kan.. ;(


Memang sangat takde motif entry ni.. Alahai. Kesian korang kena tengok pic aku yang tak semegah ni. Sorry korang ^__^ Next time aku buat entry yang berfaedah sikit ye.. Alahai aku..

Atiqa Victoria :: BLOG BERHABUK::

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Dah lama sangat-sangat tak update blog! Thanks to my poor condition of body yang asyik sakit ni, aku tak dapat nak update blog aku yang ter'chenta' ni.. Dah bersawang, dah berhabuk dah pun.. Sorry my blog.. Lepas ni kita selalu update awak ye.. :)

So, tak banyak cerita yang nak dicerita pun since aku demam selama seminggu, aku banyak assignments (especially assignments Writing Skills), aku busy membaca novel, short stories dan poems untuk kelas Literature dan wifi kat rumah sewa sangat sengal. Kadang-kadang wujud, kadang-kadang ghaib! Gila stress hidup aku sekarang!

Owh ye, aku rasa macam rindu sangat-sangat kat rumah tapi takpe sebab lagi 2 minggu nak cuti semester. Walaupun aku dengan belagaknya cakap dekat Bonda yang aku nak balik KL naik bas je tapi dalam hati ni nak sangat kalau ada orang yang menjemput aku balik. Gila poyo, ingat anak raja ke nak suruh orang jemput kau balik. Amboiiii! Balik sendiri la!!!

Dan lagi satu, I am working with a project untuk kelas Writing Skills. Kena buat picture book untuk kanak-kanak. So aku, Nadiah and Zureen dah macam kanak-kanak ribena dah. Kena lowered kan minda jadi macam budak-budak balik sebab nak samakan level pemikiran kitorang dengan budak-budak. Memang takde masalah la kot since aku rasa perangai kitorang pun macam budak-budak. Grow up sikit Atheyqa, Nadiah and Zureen! Kekekeke. Dah macam budak-budak tadika je aku tengok kita ni. Yang penting tajuk picture book kita adalah- DOTTY THE DETECTIVE~~ (Thanks to file aku yang ada gambar budak detective. Sumber inspirasi kitorang)

cover page yang hampeh. janji ada cover page. lantak la


And, abang senior dengan aku dah baik macam biasa.. (Tak tahu lah seminggu berapa kali kitorang gaduh but I know deep inside kitorang main-main je. Gurau-gurau kasar plus manja la) And, thanks sebab jaga I masa I demam hari tu ye.. Macam-macam You tolong buat. And thanks untuk ole-ole dari kampung You.. :)

letak pic dari bahagian tepi je. xley bagi dari depan. kang korang terjatuh aty plak. xley3!!! *hahaha. suka aty aku je


Sekarang ni tengah layan Running Man untuk keberapa juta kali pun tak tahu dengan roommate aku si Asma. Dia pun dah berjangkit dengan aku. Suka layan Running Man pulak sekarang. Yoo Jae Suk oppa! We love you!
Kekekeke ^__^



p/s: Esok ada kelas pagi tapi mata takde tanda-tanda nak tidur. Sekian terima kasih..

Thursday, 1 March 2012

Atiqa Victoria :: MY S2 PHONE CASE::

GILA! Baru je 5 seconds tadi post new entry pasal aku yang dah miskin dan kayap, tiba-tiba je post entry pasal nak beli phone case untuk Harper (my baby Samsung Galaxie S2)! Memang poyo gila la kan~

Sekarang ni, aku hanya mampu pakaikan Harper dua jenis baju/case je atas faktor kewangan yang kurang stabil. Baju pertama Harper adalah baju color merah dan keras ni. Tapi Harper sangat suka ok.

red itu 'ong'

Baju kedua Harper, baju standard je pun.. Tak mampu la katakan. Beli kat Hari Terbuka Kolej Kediaman KUO je pun.. Sorry Harper, mummy tak mampu beli baju mahal-mahal untuk Harper :(

leather case memang sangat smart dan sentiasa menjadi pilihan aku

Tadi, dok gatal-gatal search kat Google phone case untuk S2. Berkenan lah dekat banyak jenis cases sampai rambang mata. Nak beli semua je rasanya!

suka 'benda' yang blink-blink tu je

aku sangat nak case ni!!!

leather case ni pown cantik jugak. suka pattern dia

ok, ni iphone punya tapi nak yg macam ni.. harga mahal, tak jadi beli!

dapat yang ni pun jadilah.. Harper nak baju yang bukak ke depan macam buku


Nota Penulis: Ada orang nak sponsor saya tak? Sedia menerima segala jenis penajaan.. :)




Atiqa Victoria ::SAYA DAH KAYAP::

Ehem, aku isytiharkan diri aku pokai!

Warghhhhhh! Aku dah jadi sangat miskin sekarang ni! T__T

Duit dalam akaun bank tak cukup nak tampung perbelanjaan harian aku. Aku nekad dan  tekad untuk belanja sehari seringgit je. Itu pun untuk beli air mineral je sebab aku tak boleh minum air masak yang dijerang tu. Makanan harian aku adalah meggi. Meggi perasa kari berapi, tomyam dan meggi goreng. Nak makan sedap-sedap tunggu balik rumah lah. Shopping? Jangan harap lah nak shopping lagi kan. Jangan mimpi nak keluar rumah pun! Bak kata Arshad, barang aku dah banyak, membazir je kalau beli! Topup? Tak payah. Pakai YM, Skype, FB dengan Whassup je. Jangan nak topup. Topup bila nak call mama je! Ada faham Atheyqa Azam?

Owh.. Aku dah muflis, tak berduit dan tak berguna lagi~~ :(

Kepada mak saya, silalah jangan risaukan anak mu yang berada di perantauan ni (perantauan lah sangat). Semuanya okay-okay saja.. I'm so happy with my life right now.. (senyum fake)

DIE.. LOL~

muka orang takde duit dan takde life

Total Pageviews