I found a very cool blog. Blog yang berbeza dari blog-blog yang lain. Blog tu tak cute, tak ada benda-benda yang chomell yang boleh buat aku tatap blog tu dengan mata bersinar-sinar macam ni >>>> @__@
Blogger ni seorang lelaki! Yurp, a guy. Seorang yang tak asing lagi bagi aku sebab aku kenal dia. He's my senior yang satu course dan satu class dengan aku. Dia nampak biasa, tiada yang istimewa tentang dia saat pertama kali aku berjumpa dengan dia. Keberanian dia, sangat mengejutkan aku sebenarnya.
Kenapa aku kata blog ni cool? Jarang sangat aku jumpa blog yang bila aku baca entries yang di post, mampu buat aku ketawa dan tersenyum sipu seorang diri jam 3 pagi. Bila baca saja setiap entry beliau, aku seolah-olah masuk dalam dunia beliau. I was there too, dude. Rasa macam nak cakap macam tu kat dia.
Hebat. Aku kagum dengan dia. Dia menulis seperti dia sedang berdiri di hadapan berjuta-juta manusia yang menolak segala idea yang cuba dia sampaikan. Tapi dia just berdiri dengan coolnya atas stage yang ada renda-renda light purple dan microfon yang tingginya tak sama dengan ketinggian dia. Dia memakai baju tshirt rolling stone, faded jeans, kasut converse dan sunglasses (cukup cool pada pandangan mata aku) dan tak heran sikit pun dengan fact yang satu dunia sedang menentang idea dia. Yang dia tahu, dia tak perlu takut bersuara dan dunia akan bersama dengannya satu hari ini. Sooner or later. Now or never. Hebat tak imaginasi aku?
Dia sangat radikal dengan idea-idea dia. Dia banyak membaca. Dia keluarkan fakta beserta bukti. Bukan omong kosong. Dia ada tujuan. Ini jalan dia. Ini tanggungjawab dia. Inilah dia.
Aku kagum dengan dia. Dia berani. Terlalu berani sebenarnya. Dia betul. Dia bertindak sendirian saat kita kagum dengan kecanggihan teknologi yang sebenarnya mengalpakan kita. Dia bangun dari tidur saat kita masih dibuai mimpi indah dan dia berjalan ketika kita sedang leka melayan cerita korea, video games dan bercintan cintun dengan pasangan kita. Jangan lupa, dia manusia biasa yang tidak sedikit pun berbeza dengan kita. Tapi ini semua pengorbanan dan dia tinggalkan apa yang kita agungkan semata-mata untuk mencari kebenaran dalam perubahan. Dia berjuang untuk sesuatu yang kita sendiri tak pasti tapi dia yakin dan tetap berpegang pada prinsipnya.
Aku masih tersenyum saat menulis entry ni. Aku bukanlah orang muda yang berfikir luar dari kotak pemikiran aku. I am just an ordinary teenager. Aku suka menikmati kehidupan aku sendiri. Ini hidup aku. Tak perlu peningkan kepala, serabutkan otak sekadar berfikir untuk orang lain. Biarkan mereka dengan nasib mereka. Aku tak perlu turut terbeban dengan kesulitan mereka. Namun aku silap. Dia membuka mata aku. Bantu mereka, sedarkan mereka, ketuk mereka. Lakukan perubahan, bangun ketika terjatuh dan senyum ketika musibah datang bertimpa-timpa. Dan hidup akan terasa lebih indah. Percayalah!
Hari ni, barulah aku berpeluang untuk baca setiap entry dia. And again, aku akan senyum kambing depan laptop dan berimaginasi seolah-olah aku ada sebelah dia dan jadi best buddy dia. Walaupun dah lama follow blog dia, baru berkesempatan membaca semua hasil penulisan dia. He's the coolest Teslian ever in history of UPSI (ok, abg G yang dah graduate tu pun cool macam dia jugak).
I admire him so much. Teruskan perjuangan anda. I can only support you dari jauh dan doakan segala-galanya berjalan dengan lancar. Remember, you will be somebody in the future, said my mum. She is the biggest fan of you, trust me :) You are one of the most popular person in Malaysia right now (selepas Fasha Sandha, Jejai, Safee Salee, etc)
Siapa tak kenal ADAM ADLI sekarang ni kan? Yes, penulis blog yang aku sangat-sangat kagumi itu adalah ADAM ADLI (>_<)
I am just an ordinary teenager
ReplyDelete??? eh hellooo...???
eh, salam... salam...
er... tumpanglalu ye...
er... sambil saya lalu ni, saya nak awak dengar kata saya pulak... sikit je...
ok,ok... kata saya berbunyi gini:
"bacalah blog saya pulak"
haa, tu je... ye la, mungkin lebih cool?
takpun, mungkin cool no.2 ke :-)
ok, ok, kurang2pun cool gak skit la :-p
tu je. trimakaseh.
p/s yg lelain pun sila la jenguk blog saya. peace.
-average joe-
klakka-la.blogspot
hahaha.. da baca blog awak da pun :)
ReplyDeletetrimas sbb sudi singgah sini