Mood: Perasaan waktu ni, biasa-biasa. Tak terlalu sedih, tak terlalu gembira.
Peristiwa yang berlaku petang tadi sangat mengejutkan saya. Tak perlulah saya singkap kisah perpisahan kita sebab pada saya, hanya kita berdua saja yang patut tahu. Bukan mudah buat saya untuk menulis ketika ini. Tiada air mata yang mampu saya tangiskan lagi.
Awak jangan risau. Kita berpisah cara baik. Saya bukan seorang yang pendendam. Saya masih rasional dan saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah s.w.t menjanjikan yang lebih baik buat kita berdua. Usahlah kita menangisi perpisahan kita namun bersyukurlah pada Nya kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian yang lebih berat dan besar.
Buat awak, jangalah pernah berputus asa. Saya sentiasa yakin dengan awak. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Satu hari nanti, awak pasti berjaya. Jangan risaukan saya. Saya baik-baik saja. Saya kuat, seperti mama saya. Awak tahu kan:)
Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi mendengar, memberi, menerima dan membantu ketika saya sulit menjalani kehidupan sehari-hari saya. Awak sentiasa ada. Jangan bimbang, petang tadi merupakan kali terakhir saya menangis kerana awak. Tidak lagi selepas ini. Ini janji saya pada awak.
We are still friends no matter what. Thanks for making me a brand new person. Saya tak takut lagi.. Terima kasih pada awak..
(Maaf, saya baru terbaling anak patung yang awak bagi masa birthday saya. Saya smack down dia dan cucuk mata dia kuat-kuat. Hikhik. I will hug the bear tightly and look after it really well since you bought it for me. No worries. I won't kill it!)
No comments:
Post a Comment
Nak Dengar Kata Awak Pulak