Friday, 9 September 2011

Atiqa Victoria ::BILA ORANG PEREMPUAN TENGAH MARAH::








Bila pompuan tengah marah marah,
Lebih baik lelaki buat tak endah,
Sebab kalau jawab pun tadak faedah,
Kerana pompuan takkan mudah mengalah.



Bila pompuan tengah naik hangin,
Baik lelaki jangan ambik pusing,
Kerana jika lelaki turut sama melenting,
Pompuan akan bertambah bising bising.



Bila pompuan marah marah lagi,
Lebih baik lelaki diamkan diri,
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi,
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri.



Bila pompuan masih dok sakit hati,
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri,
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci,
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati.



Bila pompuan tengah dok berang berang,
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang,
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang,
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang.



Buat semua kaum lelaki di luar sana,
Sila tumpukan perhatian anda,
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata,
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!

No comments:

Post a Comment

Nak Dengar Kata Awak Pulak

Total Pageviews