Wednesday, 29 August 2012

Tabiat Buruk

Hari ni jalan-jalan atau bahasa blognya, hari ni gua ber'blogwalking'. Tengah jalan-jalan tu, terjumpalah satu belog yang ohsem lagi gempak kepunyaan Encik Jaerul (betul ke nama beliau ni). Beliau memang ohsem tahap super saiyya sebab beliau memang ohsem lah! (Gua puji lu ni bro. Kasi kembang sikit lu punya idung). Inilah belog kepunyaan manusia ohsem tu (masih membodek beliau level 16)


So, bila gua jalan-jalan kat belog ohsem tu gua terbaca pasal SENARAI TABIAT BURUK ENCIK JAERUL. Terus gua dapat idea secepat kilat dan halilintar lantas gua terus masuk belog gua dan decided nak buat entry pasal SENARAI TABIAT BURUK ATHEYQA VICTORIA pulak! Haaa, suspen kan tajuk entry?? Kasi gegar kan? Kan? Kan?

Gua tak pernah perasan yang gua ada tabiat buruk, bad habit, perangai tak senonoh dan macam-macam terma lagi la yang menggambarkan betapa buruknya tabiat gua ni. Hahahaha. Apakah tabiat buruk gua yang buruk bebenau tu??

1. Gua tak perasan sebenarnya tapi hari tu gua pergi dating dengan Eddie kat Bukit Ampang. Tengah baik punya gua cover chomell sambil bulat-bulatkan mata gua, gua tertepuk kepala gua banyak kali. Adalah dalam lebih kurang 6/7 kali. So bila gua dah menepuk ala-ala sea lion sambil tudung pun dah herut berut akibat terkena pukulan bertalu-talu, Eddie tanya gua "Asal you suka tepuk kepala you ek?". Gua pun macam tergamam sambil mencuba membetulkan posture badan dan kedudukan tudung sebab sumpah gua tak perasan yang gua dok menepuk-nepuk kepala gua berkali-kali. Maybe sebab gua rasa rambut gua gatal kot. Almaklumlah rambut gua panjang y'alls, bila dia duduk dalam tudung selama beberapa jam, dia meronta-ronta nak keluar lah. Haaaa, hebat tak kesimpulan yang gua buat padahal gua sendiri tak tahu sebab apa gua ketuk-ketuk kepala gua. Gua selamba cakap dengan Eddie gua ada kutu.

2. Yang ni, yang ni, yang ni. Common la kot. Ramai yang ada tabiat buruk ni. Gigit kuku. Ya, gigit kuku. Gua cukup pantang dengan kuku panjang. Secantik mana pun kuku kau tapi kalau panjang, gua tak boleh tahan~~ Rasa segala kuman ada dalam kuku kau. Pastu makan pakai tangan. Erkk, kembang tekak gua. Ada sebab kenapa Islam suruh kita jaga kebersihan dan memotong kuku pendek merupakan antara tuntutannya kan. Tu la sebabnya gua suka gigit kuku gua. Tapi gua tak makanlah. Agak sikit. Gua suka tengok kuku gua pendek je..

3. Gua paling tak suka basuh baju! Hahaha. Kalau pakai mesin baju gua no hal. Gua campak-campak baju gua, gua letak sabun, softlan, jalan, sidai, angkat, lipat! Senang. Tapi faham-fahamlah bila duduk hostel kan. Dobi jauh nak mampuih. Ok, kat tingkat bawah je tapi gua duduk tingkat paling atas. Jadi gua agak sayangkan semua lemak gua yang terkumpul dalam badan gua ni jadi gua malas nak turun. Selagi bakul baju yang besar tu tak penuh selagi tu la gua tak kan basuh baju. Next semester gua nak beli baldi kecik. Taklah berlonggok baju gua nanti. Tak pun letak dalam gayung je. Hari-hari gua basuh baju! Haha!

4. Gua ni mula-mula memang semangat! Hoyeayhhhh! Tapi dah lama-lama gua jadi malas nak habiskan apa yang gua mulakan.Jadi, terbengkalailah projek-projek gua contohnya projek gua yang terkini: mengemas bilik gua sebelum gua start semester baru!

5. Gua senang berkawan dengan orang. Tak check latar belakang gua terus kawan. Tak elok jugak. Atleast sebelum berkawan kena lah tahu serba sedikit pasal orang yang kita kawan tu.

6. Gua boleh mengamuk sebab lapar! Kau hado? Hahaha. Gua tak tahu kenapa tapi rasanya bila kita lapar, perasaan nak bunuh orang tu sangat menebal! Hahahaha. Cam bodoh tol gua ni. Kesian pakwe gua selalu jadi mangsa.

Ada banyak lagi kot tapi gua rasa macam membuka pekung di dada jep. Hahaha. Korang ada tabiat buruk jugak ke? Apa tabiat buruk korang ek? Agak-agak sama dengan gua tak?

Salam Eid Mubarak

Salam Eid Mubarak everyone! Of course I had to ask Eddie twice whether esok raya atau tak sebab rasanya baru je semalam bangun sahur untuk puasa hari pertama. Cepatnya masa berlalu!!!!!!!!!!!! *muka terkejut

You know what, I will definitely miss Ramadhan because Ramadhan has always been my favorite month so far. Kenapa aku suka bulan Ramadhan? Jawapan standard- Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, bersyukur dengan apa yang ada, jangan boros dan terlalu ikut hawa nafsu, etc. But what I learned the most sepanjang bulan Ramadhan ni, kita boleh berjimat cermat dan tidak membazir bila berbuka puasa. Take me as an example (nak enterprem gak), selama sebulan kita berpuasa, selama sebulan lah aku tak pergi bazaar Ramadhan. Tahun ni takde la pulak craving nak makan itu ini macam tahun lepas, perasaan nak makan nasik ayam penyet dengan Kenny Rogers sangat membuak-buak sehingga tak dapat dibendung lagi (mekaseh to my bff sebab sudi melayan kehendak aku yang suka makan ikut nafsu ni).


It's been a tough month that makes us stronger. Akhirnya, Syawal datang menjengah! Ramadhan pula akan selalu dirindui dan diingati. Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Dan semoga Syawal yang tiba ini kita saling bermaaf-maafan sesama kita dan ikatan ukhwah dan silaturrahim dapat dieratkan lagi. Salam Eid-Ul-Fitr everyone! Maaf Zahir dan Batin diucapkan. Saya Atheyqa Victoria ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua yang mengenali kalau-kalau selama berkenalan saya ada tersilap kata dan perbuatan sehingga ada yang tersinggung. Maaf ye. Lepas ni kosong-kosong ye <3

Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada~

MY FREAK FAMILY!!
Salam Aidilfitri buat my Nagging Bonda, my Forever Ohsem Ayahanda, My Menggelabah younger sister, my Kewl-La-Sangat Youngest brother, my happening cousins, my amazing makcik dan pakcik and my little niece and nephew!


MY BFFs!!!!
To my bff Shikin yang gojes (gojes ke babe?), Ez yang gila-gila, Atika yang memahami, Fatwa yang honest, Siti yang always dengar masalah yang bertimpa-timpa, Aziera yang transparent, Nad yang suka-suka hati je buat perangai, Mona yang laser (hado?), Lisa yang kecik molek, Nadi yang sentiasa di sisi (ponteng kelas pun sama-sama), Asma yang menerima diri ini seadanya, Mizah yang masuk air sekali, Ummi yang penyayang dan Dilah yang happy-go-lucky. Wan yang suka menyakat aku, Hafiz my forever bff, Ayep yang hewbat, Farid adik kecik, Alan yang selalu gaduh dengan aku, Aizat the boss, Kamar yang sepet, Ayen yang semart sentiasa, Amoy yang cantik gila, Mail yang tak reti senyap, Iqbal yang pernah tarik tudung aku kat sekolah dulu, Fendi yang dari dulu sampai sekarang macam tu jugak, dan semua classmates aku!! Tak lupa Dza, Mcna, Tajul, Roy, Epownk, Adib, Zeeqa, Athiqa, Ain, Atiqa, Wana, Ateh, Farida, Farihah, Jamilah, Basyirah, Aina, Latifah, Aini, dll

The Untouchable Teslians UPSI!!
To my kakak Nadi yang sentiasa 24/7 bersama haku, Zu anak ikan Nadi yang best tapi kadang-kadang aku termarah kau babe, sowy auw. Anier yang gerek seyh, Fiqah yang lovely, Nana yang Cute, Ter yang talkative, Arsyad the tall guy, Syafiq yang always menegur salah dan silap, Ferra my sista, Rai yang brilliant, Nana dan Syu jiran sebelah yang kecoh, Faz, Syu, Kak Nad, Kak Ainor, Zach yang best, Hana Banana yang sangatm kepochi (she's cute!), kakak Ainon yang forever stunning, Mia my new friend, Bee and gang yang kecoh nak mampuih, Zurin my junior, dan semua lah!!!!  (agak-agak macam nak letak semua nama budak Tesl je kan. beratus-ratus tu)

SEMUA YANG MENGENALI
*guru-guru SMKPJ
*guru-guru SMK AMINUDDIN BAKI KL
*doktor dan staff KLINIK MESRA AMPANG
*lecturers UPSI
*staff JPS

UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEANTERO DUNIA!!!!!!! SELAMAT HARI RAYA Y'ALLS!!



Nota Penulis: Ingatan Tulus Ikhlas dari Atheyqa Victoria :) Nak duit raya!!!!!

Tuesday, 28 August 2012

Hasil Penulisan Aku


Aku ada masalah meluahkan perasaan dan menceritakan kisah dan pengalaman aku menerusi penulisan. Dan bahasa penulisan aku lebih kurang macam bahasa aku bercakap jadi dia agak kurang menarik, indah dan ohsem.

Adakah aku kena pergi kursus atau kelas untuk memantapkan penulisan aku? Sebab sejujurnya aku kurang fasih berbahasa Melayu tapi aku lebih suka menulis dalam Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris.

Practice makes perfect kan? Nak google pasal penulisan kreatif la!


Nota Penulis: Kalau korang baca hasil penulisan aku, korang mesti tak dapat nak baca dengan penuh perasaan dan 'feel'.... Ye ye. Nanti aku amek kursus penulisan kreatif kat UPSI ye...

Wednesday, 15 August 2012

Karok dan Makan Sedap

I received a message from my Facebook from my bff asking me to join her to meng'karok'kan diri di bulan puasa yang mulia ini (aku pergi terawikh dulu la. nak cakap aku tak pegi la tu). So sebab dah terlalu bosan memalaskan diri di kediamanku yang tercinta di bumi Ampang ni, aku pun setuju la nak join. At first, my bff cakap nak ajak Pija Ronggeng sekali sebab dia dah ada kt KL dah. Cuti raya gamaknya but tiba-tiba bukan Pija yang aku nampak tapi ex boyfriend bff aku yang aku nampak.

For me, aku takde hal lah kalau nak keluar sekali dengan ex bff aku ni sebab kitorang dah kenal lama and dah rasa selesa dah pun. Lagipun aku ni pun baik gak dengan encik-encik exes, siap boleh melepak-lepak lagi. Kata diorang, walaupun dah putus they want to stay friends juga. Yang dah lepas tu biarlah. Pandang depan je tau.

Kitorang pergi karok kat Desa Pandan. Dekat dengan area McD Desa Pandan, sederet dengan London Optical (kedai spek mata). Kalau VIP Room adalah dalam RM30 sejam. Bilik-bilik biasa cuma RM19 je. Last time pergi tempat ni kitorang ambil VIP ROOM sebab pergi dalam 5 orang. Agak ramai la pada aku. Tapi yang tak bestnya VIP ROOM ni panas! Sound system pun pecah. Sedih! So this time ambil bilik biasa je.

Yang tak tahan sangat-sangat bila bff aku dengan ex dia buat songs selection. Rasa nak gelak je (aku rasa aku gelak dah pun. kuat pulak tu) sebab masing-masing cuba sampaikan mesej-mesej tersurat dan tersirat melalui lagu-lagu yang diorang pilih. Awkward, I know tapi as pihak berkecuali dalam cerita ni, aku try la naikkan mood dengan pilih lagu yang takde kena mengena pun dengan kisah putus cinta dan yang sewaktu dengannya supaya tak meng'akward'kan lagi keadaan. Aku pilih lagu Price Tag, King of Anything, Rolling in the Deep dengan Fireworks. Perghhhh! Agak sedap suara aku hari ni tapi sayang dapat nyanyi kejap je. Sob sob (kalau bukan aku yang angkat bakul sendiri, kau nak angkatkan bakul aku ke? takkan....haha).

Yoyo owh je Encik Zenn Azhar nak join sebab dia memang suka karok. Plus suara dia sangat sedap okay! Stok retis punya suara y'alls. Segan sendiri aku kalau nyanyi depan dia dengan kawan-kawan dia sebab masing-masing suara nak stok suara artis rakaman je kan. Haha. Aku dengan bff aku panggil diorang kumpulan Fourteen sebab diorang macam Fourteen! Tapi last minit pulak Encik Zenn cancel sebab nak balik kampung da. Biasalah, raya lagi 3/4 hari je. Warga kota macam aku ni sah-sah tak payah risau nak balik kampung sebab kampung kat Bangsar je pun. Haa, takde sesak jalan punya pagi raya nak balik kampung. Jeles tak, jeles tak?? Tak?? Fine!

Lepas karok, kitorang pergi makan dekat Desa Petaling. Sebab lately ni aku takde nafsu kat nasik, aku makan Banana Split dengan ABC je. Craving dekat makanan manis pulak. My bff order Chicken Sandwich and her ex order satay. Sumpah sedap. Mamak style je okay. Tak silap nama tempat tu RH-Bistro. Memang sedap beb. Aku suggest korang datang sana dan rasa satay dia (aku sempat cilok secucuk dari pinggan ex bff aku. kekeke).


My Banana Split


ABC. Nampak macam manis tapi tak manis sangat pun sebenarnya.


My bff's Chicken Sandwich. Yang paling sedap pasal sandwich  ni adalah dia punya cheese. Paradise ok!


Satay ayam ni sedap sangat. Maih boleh rasa jus yang datang dari satay ni. Well-cooked and kuah  kacang pun sedap sangat. Tak rugi kalau cuba.


So, I just got home at 3.47 a.m, basuh-basuh muka, kaki, then terus update blog sebab aku tahu kalau aku tak update sekarang bila lagi aku nak update kan? Sekian terima kasih.




p/s: Mekaseh pada yang baca :) Hari ni jadi babysitter Ainina Kaisarah dengan Botak Adam Rifqi a.k.a Ipin. Tak sempat nak buat Pavlova yang Cikgu Faiz order. Esoklah ye.

Tuesday, 14 August 2012

Instagram! My New Obsession




I L.O.V.E INSTAGRAM! I love it so much sampai satu tahap yang My Twitter account and Facebook tak diusik berhari-hari pun takpe janji dapat ber instagram. I used to love Twitter sebab easy to access and easy to use even from your mobile phone. And Facebook sangat interesting since I've got so many friends there. But just recently I realized that fact that Instagram lagi super power dari Twitter and Facebook. Pelik kan. Padahal Instagram cuma untuk gambar, gambar dan gambar. Macam photo sharing la. And sangat senang digunakan. You just snap pictures dari phone you (buat masa ni Instagram ada kat I-Phone and Android phones la mcm Samsung Galaxy S11- which is mine, etc) and boleh upload masuk straight away ke dalam Instagram punya program. Then you boleh pilih effect atau filter yang nak diaplikasikan pada gambar supaya gambar jadi lebih cantik dan menarik.

inilah rupa instagram tu

Bila dah ada instagram ni, makan pun nak ambil gambar tau! Belum lagi kalau pergi jalan-jalan pastu nampak pemandangan cantik-cantik. Sanggup turun kereta semata-mata nak ambil gambar je. Dengan adanya aplikasi Instagram ni, aku dapat tengok apa yang kawan-kawan aku buat, tempat mana yang diorang pergi. On the spot taw. Kalau nak baca kat status FB dengan Twitter macam tak real pulak kan. So basically, aku puas hati dengan  aplikasi Instagram ni. Dari sini jugaklah aku dapat follow manusia-manusia yang aku suka macam David Beckham and wife and kids (semua aku follow kecuali Cruz dengan Harper), Infinite, Sazzy Falak (aku sangat suka Sazzy Falak), David Luiz dan Kourtney Kardashian. Seronok tengok gambar-gambar diorang. Walaupun jauh, terasa dekat je bila tengok gambar. Hahahahahaha. Okay, itu agak poyo dan meloyakan tekak! Swagggg!! Antara foto dalam Instagram aku:


Ini gambar UPSI. Tempat aku belajar. Saja nak bagitahu satu dunia yang aku belajar kat UPSI walaupun diorang tak tahu pun UPSI tu apa dan kat mana,


Ini adalah potato pancakes. Senang nak buat ye



Buku-buku yang dibaca :)



Nak bagitahu mama yang anak mama ni rajin pergi library

Lepas ni pakat-pakat join Instagram ye:)



p/s: Penulis sangat obses dengan Instagram. Sehari kalau tak upload lebih dari 5 gambar memang tak sah!




Majlis Berbuka Puasa 2012

11 Ogos 2012 yang lepas, aku berpeluang berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah aku masa sekolah menengah kat SMKPJ dulu. Diorang ni kira geng-geng kamcing aku lah! Idea nak buat reunion ni datang bila salah seorang dari kawan-kawan aku bertanya bila aku nak buat reunion kelas sebab dah 2 tahun dah kami tak berjumpa. 4 tahun sebelum ni kami ke Port Dickson. 3 tahun yang lepas pula kami berpiknik di Melaka. Memang meriah dan happening sebab budak-budak ni semua jenis tak makan saman langsung. Haha.

So, dalam keadaan aku yang sedang bercuti semester, aku pun decided la nak buat perjumpaan semula dengan sahabat-sahabat tercinta yang jauh di mata tapi dekat di hati ini. Ececeh. Sembilu kasih pulak. So, after discussing sama itu Shikin, Atika, Fatwa dan Syazwan maka dapatlah aku rumuskan yang reunion nanti dibuat semasa bulan puasa.

Nak buat memang banyak cabaran. Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu (badan kita kurang darah sampai kena masuk darah okay), dengan susah nak contact budak-budak (tukar no phone tak nak roger!), dengan susah nak dapatkan respond, dan dengan ketidak-dapat-hadiran orang-orang penting. Aku rasa macam nak gila je nak arrange majlis ni.Tapi orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit (betul ke?) maka dapatlah juga aku meng'comfirm'kan tarikh dan tempat untuk majlis reunion ni.

Tempat buat dekat-dekat sudah sebab apa, sebab malas nak menapak jauh-jauh semata-mata nak pergi makan. Jadi. lepas buat research here and there (pergi dengan Arsyad tu), maka berjumpalah aku dengan restoran seafood dan tomyam ni. D'Thaharah Seafood & Tomyam namanya, Terletak di Kampung Pandan. Sederet dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Pandan dan dekat juga dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan. Dari segi kedudukan dan geografi, tak susah nak cari kot. Google map je kalau rasa nak pergi cuba makanan di restoran ni.

Marilah jenguk-jenguk gambar-gambar kami berunion dan berbuka puasa ye. Makanan dia sodap-sodap. Tapi sejak badan masuk darah ni, tengok nasi pun dah tak bernafsu dah. Tengok jantan je bernafsu. Kekekeke. Itu lawak hari ini, sila gelak guling-guling!!!!! *kaber line

poster untuk promote event
6 pagi aku buat benda alah ni. Hahaha 
meja agak panjang ye sebab kitorang request nak cantum meja. mulanya pihak restoran nak bagi meja bulat tapi kalau bulat tak muhibbah la kan. haha

antara lauk pauk yang disediakan untuk juadah berbuka puasa. Ada siakap 3 rasa, kangkung masak belacan, paprik , tomyam, telur dadar, nasik goreng, satay. air pulak, shikin suruh ambil air tembikai

muka-muka yang hadir.. perut ke depan semua. hehehehe

muka-muka datang awal. dari kiri: mona, marlysa dan nadzirah, sebagai ganjarannya dapat makan banyak3!!!

yang ni pun antara yang terawal sampai. sibuk duduk menyelit kat  tepi dinding. dari kiri: kamar, syazwan seng dan fendi


time makan semua senyap sunyi. hoho
kad raya reunion. gambar blur asal??? 

Majlis diakhiri dengan keadaan terkawal. Masing-masing busy gila so nak chow awal. Tapi aku perasan something, muka diorang tetap sama macam 5 tahun lepas :) Tak berubah! Yang berubah mungkin rambut dan saiz badan (aku la tu. makin sihat), tapi muka tetap macam tu jugak. 

So, aku sebagai pengarah program nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir. Terima kasih juga sebab habiskan makanan. Seriau juga tengok makanan banyak. Sengaja order banyak sebab aku tahu korang jenis pelahap kalau makan. Sama dengan aku jela pun. Pada yang tak dapat hadir tu Insyaallah raya nanti kita jumpa ye. Kalau tak dapat juga Insyaallah kita jumpa bila salah seorang dari kita nak kahwin nanti. Reunion time tu jela! Kannnn. Mekaseh korangggg! Sayang kamoo, kamoo dan kamoo banyak-banyak!

p/s: Motif sebenar penulis anjurkan majlis ni sebab nak cari jodoh. Tapi tak jumpa pulak jodoh tu. Almaklumlah, penulis tak hot. Kekekeke. TQ buat Abang Senior yang rilek je join majlis ni walaupun tak pernah sekolah sama!

Please Don't Get Tired of Me

It happens every time. People lose interest in me. They get tired of me. Suddenly, they don't bother hitting me up anymore. The conversations become shorter. They forget about me and I just become a distant memory. I wonder if it's my fault sometimes. But then I realize that people never stay in my life. And there's nothing I can do about it.

Total Pageviews